MELAKA: Kerajaan Melaka sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) di luar negara khususnya negara jiran, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Beliau berkata, promosi akan dilaksanakan di Indonesia, Brunei dan Kemboja pada minggu hadapan dengan kerjasama ejen pelancongan di negara terbabit.
"Promosi pelancongan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan membabitkan pelbagai agensi pelancongan termasuk Bahagian Promosi Pelancongan Melaka dengan kaedah membuka reruai pameran dan jualan tiket atau pakej pelancongan yang telah dirangka sempena TMM 2024," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang turut dihadiri Pengerusi Pengelola Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023, Chiu Chee Ming.
Festival dua hari bermula Sabtu itu menyaksikan lebih 100 layang-layang gergasi dinaikkan melibatkan penyertaan 60 pelayang dari dalam dan luar negara antaranya China dan Singapura.
Dalam perkembangan lain, Abdul Razak berkata, panganjuran festival layang-layang gergasi berkenaan akan ditambah baik pada tahun hadapan dengan menyasarkan penyertaan lebih 100 pelayang termasuk dari luar negara.
Beliau berkata tempoh penganjuran juga akan dilanjutkan kepada tiga hari berbanding dua hari pada tahun ini manakala lokasi penganjuran akan dikaji semula bagi melihat kesesuaian dan pandangan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Sementara itu, Chiu berkata, antara tarikan festival kali ini ialah layang-layang 'Jalur Gemilang' gergasi berukuran 6 meter x 10 meter yang dinaikkan sempena sambutan Hari Malaysia.
Beliau berkata, layang-layang Jalur Gemilang berkenaan adalah terbesar di Malaysia yang dihasilkan oleh kumpulan pelayang dari Melaka pada 2017.
"Layang-layang Jalur Gemilang gergasi ini kita jarang naikkan pada program seumpama ini kerana ia sangat besar dan bukan mudah untuk dinaikkan kerana bukan sahaja memerlukan ruang yang besar tetapi tenaga pelayang yang ramai," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan membantu kerajaan Melaka menarik penyertaan lebih 100 pelayang antarabangsa termasuk dari India, Taiwan, Indonesia dan Thailand pada tahun hadapan dengan pelbagai bentuk dan jenis layang-layang yang lebih menarik. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Kerajaan Melaka sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) di luar negara khususnya negara jiran, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. - Foto FB Abdul Razak Abdul Rahman

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.