Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua premis perniagaan termasuk kedai beroperasi 24 jam di negeri ini untuk menutup perniagaan lebih awal bagi membantu mencegah penularan wabak COVID-19.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh berkata, arahan itu akan berkuatkuasa bermula hari ini sehingga tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa sepanjang tempoh kawalan ini, semua premis kedai makan termasuklah mereka yang menyediakan khidmat pandu lalu untuk menutup perniagaan bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi.
“Arahan ini turut berkuatkuasa kepada kedai runcit serta kedai- kedai serbaneka yang menjalankan perniagaan 24 jam iaitu 7 Eleven dan KK Supermarket untuk menutup premis mereka pada tempoh berkenaan.
“Manakala bagi kedai serbaneka di stesen minyak, ia perlu ditutup pada jam 8 malam sebelum dibenarkan dibuka pada jam 6 pagi. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan isian minyak dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada,” katanya.
Selain itu, Salhah berkata, pasar awam juga diarahkan tutup seawal jam 2 petang sebelum dibenarkan dibuka jam 6 pagi.
“Bagi peniaga di pasar awam, mereka perlu mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi bilangan pengunjung dan jarak operasi.
“Untuk semua pasaraya di Melaka, ia juga harus ditutup bermula jam 7 malam. Manakala semua gerai penjaja termasuk pengendali makanan bergerak (food truck) yang diberi lesen perniagaan, mereka perlu menutup perniagaan seawal jam 6 petang sehingga jam 7 pagi dengan mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan oleh KKM,” katanya.
Tegas beliau, pelaksanaan ini akan dipantau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan peniaga terlibat patuh.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Mar 21 2020
Arahan itu akan berkuatkuasa bermula hari ini sehingga tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Singapore 59: On Talent development & shared prosperity
Economic activities drive national development, but with only 50% of manual jobs expected to be automated by 2030, high and medium-skilled workers will remain essential. In Singapore, balancing workforce demands with a declining and aging population is a significant challenge. Watch this special episode of Agenda Awani tonight at 9pm.
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.
Lebih 7,500 permohonan guru diterima
Pengambilan khas guru Sarawak 2024 mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencecah kira-kira 15,000 permohonan setakat ini.
Graduan dilengkapi keupayaan teknologi digital terkini
Tidak sekadar menguasai ilmu agama, graduan kelahiran Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) kini akan dilengkapi dengan keupayaan menggunakan teknologi digital terkini
Sarawak sebagai wilayah lahir tokoh ilmuwan laksana pembangunan seimbang
Tradisi ilmu dalam kalangan rakyat Sarawak perlu terus diperkasa bagi melahirkan ilmuwan yang berjiwa besar, seterusnya mengimbangi kepesatan pembangunan fizikal di wilayah tersebut.
Sultan Brunei berkenan terima menghadap Mohamad Hasan
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu kota antara lain menyatakan komitmen untuk terus meneroka bidang kerjasama baharu.
Persiapan sambutan Hari Malaysia di Sabah berjalan lancar - Fahmi
Persiapan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September ini di Padang Merdeka di Kota Kinabalu berjalan dengan lancar.
Jokowi adakan Mesyuarat Kabinet pertama di Nusantara
Hampir semua 34 Menteri Kabinet menghadiri mesyuarat tersebut termasuk Menteri Pertahanan dan Presiden yang terpilih, Prabowo Subianto, yang akan dilantik pada 20 Oktober depan.
Lufthansa gantung penerbangan ke asia barat seminggu lagi
Kumpulan Lufthansa melanjutkan pembatalan penerbangan ke Timur Tengah untuk seminggu lagi.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.