MELAKA: Manuskrip Hikayat Hang Tuah bertarikh 1758 antara artifak dan bahan sejarah yang bakal dipamerkan kepada pengunjung sempena Pameran Hang Tuah selama sebulan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Jun depan.
Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.
"Saya bersama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh baharu sahaja balik dari Amsterdam, Belanda bagi melihat hasil penemuan terbaharu tentang Hang Tuah dan setelah kita lakukan kajian dan mencari penemuan yang kukuh mengenai Hang Tuah, ia akan dipamerkan pada program tersebut," katanya kepada pemberita semalam.
Terdahulu beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam melawat kapal layar tradisional China terbesar di dunia 'Fu Ning' di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini.
Dalam pada itu Abdul Razak berkata pihaknya akan berbincang dengan pengurusan kapal layar berkenaan untuk membenarkan pengunjung melihat secara lebih dekat keunikan seni bina kapal tradisional itu.
"Besarlah harapan Melaka jika pihak pengurusan ini memberikan kita peluang tersebut dan ia dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.
Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar itu mempunyai ketinggian tiang utama 29m yang membawa sembilan kru dan 12 penumpang.
Pembinaan kapal Fu Ning adalah sebahagian daripada aspirasi pemilik kapal, Lin Chang Jiu untuk menghormati pencapaian Laksamana Cheng Ho dan menjejaki semula laluannya di sepanjang Jalan Sutera Maritim.
Kapal itu memulakan pelayarannya dari Huangpu, China pada 31 Jan lepas sebelum berlabuh di One15 Marina, Sentosa Cove, Singapura sempena Festival Kapal Layar Singapura sebelum berlabuh di Melaka pada 1 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Abdul Razak (dua, kiri) antara yang turut mengiringi Mohd Ali (enam, kiri) bergambar ketika mengadakan lawatan ke Kapal Layar Tradisional China Terbesar Di Dunia Fu Ning ke Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka, semalam. --fotoBERNAMA
MS umum pengganti Bryan tidak lama lagi - Andy
Persekutuan Renang Malaysia (MS) sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Melaka anjur pameran Hang Tuah Jun ini
Pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.