Seorang mekanik direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas memukul isteri dengan papan luncur dan menendang kepala anak mereka yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gong Pak Damat, Gong Badak, Kuala Nerus, Khamis lalu.
Kejadian berlaku selepas permintaan suspek untuk pinjam duit raya anaknya sebanyak RM10 tidak diendahkan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan lelaki berusia 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek mengejutkan anak lelakinya itu yang sedang lena tidur dengan cara kasar semata-mata hendak meminjam duit raya mangsa yang berjumlah RM10 untuk membeli kad nilai tambah prabayar.
Bagaimanapun mangsa memaklumkan yang dia tidak mempunyai duit sebelum suspek mengamuk dengan bertindak menendang kepala kanak-kanak itu.
"Suspek bertindak sedemikian apabila berang mangsa menipunya kerana tahu anaknya itu mempunyai banyak duit raya selepas berhari raya bersama saudara mara pada hari raya pertama.
"Perbuatan suspek yang menendang kepala mangsa disedari isterinya sebelum cuba menghalang tindakan melampau itu, namun tidak dihiraukan.
"Malah, suspek bertindak memukul isterinya itu dengan papan luncur di kepala selain melempar kereta mainan sehingga terkena di dahi wanita itu," katanya kepada Sinar Harian.
Jelas sumber lagi, akibat tindakan itu, isteri suspek berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan bengkak dan luka sehingga berdarah di dahi.
"Suspek juga didakwa sebelum ini kerap mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda di dalam rumah malah pernah menyebabkan kecederaan orang di sekelilingnya," katanya.
Sumber berkata, susulan laporan dibuat isteri suspek pada petang kejadian di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus, suspek ditangkap kira-kira jam 11.45 malam tadi di Tepoh.
Sinar Harian
Sun Jun 09 2019

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu untuk mendapat perintah tahanan reman hari ini. -Foto Sinar Harian
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Mekanik pukul isteri, tendang anak gara-gara tidak dapat duit raya RM10
Suspek mengejutkan anak lelakinya yang sedang tidur dengan cara kasar semata-mata hendak meminjam duit raya mangsa yang berjumlah RM10 untuk membeli kad nilai tambah prabayar.