Gergasi media tanah air, Media Prima mengumumkan bakal melaksanakan perkhidmatan penempatan keluar kepada pekerja-pekerja susulan proses penstrukturan semula syarikat itu yang dijangka selesai pada suku pertama 2020.
Media Prima bagaimanapun, memberi jaminan semua kakitangan yang terjejas dengan proses penstrukturan semula itu akan menerima pakej pampasan yang adil.
“Kumpulan akan memastikan kesemua warga kerja yang terjejas ekoran daripada usaha transformasi ini menerima pakej pampasan yang adil dan saksama yang ditetapkan oleh undang-undang serta kesatuan masing-masing yang akan dibayar secara penuh selepas mereka menunaikan segala keperluan perundangan," kata Media Prima dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
Pengumuman penstrukturan semula dalaman yang dibuat Media Prima bagi membolehkan kumpulan berkenaan lebih berdaya saing dan mampan di masa hadapan berikutan suasana makro ekonomi yang tidak menentu dan gangguan perubahan lanskap media global.
Baru-baru ini, syarikat akhbar Utusan Melayu menamatkan operasi selepas 80 tahun menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.
Sementara itu, Media Prima berkata, syarikat itu menjanjikan khidmat sokongan kepada warga kerja termasuk perkhidmatan penempatan keluar (outplacement) dan kaunseling kerjaya.
Jelas kenyataan itu, syarikat berkenaan bakal melaksanakan transformasi perniagaan yang akan merangkumi perubahan model perniagaannya dan pengstrukturan semula dalaman dengan pelaksanaan penstrukturan dijangka selesai pada suku pertama tahun hadapan.
Media Prima merupakan antara gergasi media tempatan dengan memiliki beberapa stesen televisyen, radio dan akhbar.
Astro Awani
Fri Nov 01 2019
Penstrukturan semula dalaman yang dibuat Media Prima bagi membolehkan kumpulan berkenaan lebih berdaya saing.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
"Saya rasa seolah-olah ada konspirasi..." - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin lagi, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.
Media Prima umum laksana penempatan keluar, kakitangan dijamin pampasan yang adil
Media Prima bakal laksana proses penempatan keluar kepada pekerja-pekerja yang terlibat pada suku pertama 2020
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Wartawan Saodah Ismail bukukan kisah Allahyarham Sudirman
Buku yang pada masa ini mengggunakan tajuk sementara Sudirman Yang Ku Kenali, kata Saodah, dijangka dipasarkan menjelang bulan depan.
'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda komen IG palsu
Pelakon Izreen Azminda, 33, meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.
Suami Ziana Zain, Armin Zaharin bebas dengan jaminan
Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dilepas selepas dijamin oleh adiknya, hari ini.
Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan media merupakan medium yang berfungsi dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat.
Tragedi Jumaat pertama Ramadan, mahasiswa UPNM maut tumpuan muka depan akhbar
Dua kisah menyayat hati namun berbeza latar jadi pilihan akhbar tempatan sebagai tajuk utama.
Pengakuan bertulis Justo tunjuk usaha terperinci guling kerajaan - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.
Isu 1MDB perlu dijelaskan dengan bahasa mudah difahami - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat isu 1MDB tersebar ketika ini perlu dijelaskan dengan bahasa mudah.