YAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk membantu seramai 192,541 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam masa terdekat.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata bantuan itu adalah dengan cara mempermudahkan usahawan tersebut mendapatkan pinjaman yang disediakan oleh pelbagai agensi di kementerian berkenaan.
"Kita akan berusaha untuk membantu semua usahawan daripada usahawan informal (peniaga kecil tidak berdaftar dan tiada syarikat) yang mungkin memerlukan pinjaman sekitar RM5,000, usahawan mikro yang mungkin memerlukan pinjaman RM10,000 atau RM20,000 sampailah ke usahawan industri kecil dan sederhana yang mungkin memerlukan pinjaman sehingga RM500,000.
"Sebelum ini Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mahu semua menteri untuk mempunyai KPI yang perlu dicapai dalam tempoh 100 hari. Jadi sasaran untuk membantu lebih 192,000 usahawan ini adalah KPI saya," katanya dalam sidang media selepas program penyerahan sumbangan kepada usahawan dan keluarga terjejas banjir pada 18 Ogos lepas di sini hari ini.
Katanya, agensi yang menawarkan pinjaman di bawah MEDAC juga telah diminta untuk tidak terlalu bergantung kepada rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dalam menentukan kelayakan usahawan yang memohon pinjaman.
Dalam pada itu, Noh berkata pihaknya juga sedang menyusun semula semua 11 agensi di bawah MEDAC yang menyediakan kemudahan pinjaman agar peranan setiap agensi tersebut dapat dioptimumkan dan lebih fokus kepada golongan sasar.
"Semua agensi ini menawarkan kemudahan pinjaman dan ada had pinjaman tersendiri...ini yang sedang kita susun supaya agihan ataupun pembahagian pinjaman ini dapat diselaraskan supaya tidak mengelirukan rakyat dan benar-benar dapat melahirkan 'bangsa usahawan'," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Noh menyampaikan sumbangan daripada Bank Rakyat berjumlah RM168,000 kepada 168 usahawan di daerah ini yang terjejas banjir ekoran fenomena kepala air pada 18 Ogos lepas.
Selain itu, bank berkenaan juga menyumbang sejumlah RM40,000 untuk diagihkan kepada 200 keluarga di daerah ini yang terkesan akibat bencana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Tan Sri Noh Omar (dua, kanan) menyerahkan cek sumbangan kepada penerima pada Program Penyerahan Sumbangan kepada Usahawan dan Keluarga Terjejas Banjir di Yan di Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan hari ini. - BERNAMA
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.