KUALA LUMPUR: Siri animasi terbaru keluaran studio animasi tempatan, MONSTA, sekali lagi menempa nama dan mengorak langkah ke persada dunia apabila animasi baharu 'Mechamato' berjaya menawan 65 buah negara dalam tempoh lapan bulan.
Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa, Cartoon Network Asia, berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), selepas kejayaan animasi BoboiBoy sebelum ini.
Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, dalam kenyataan pada Selasa, berkata sokongan dana itu bertujuan untuk membantu mengeksport animasi tempatan ke peringkat antarabangsa, sekali gus menjadikan Malaysia antara pengeluar animasi utama di rantau Asia Pasifik.
"Kami teruja dengan pencapaian Mechamato yang terus melakar dunia.
"Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 ini, Mechamato sebagai 'Adiwira Kita' digambarkan bakal membakar semangat dan memberi inspirasi kepada semua agar lebih yakin untuk melangkah lebih jauh di persada antarabangsa.
"Mechamato sudah bersiaran di negara-negara Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan dan sebagainya. Selepas pengumuman rasmi siaran Mechamato ditayangkan di Portugal,bulan lepas, animasi ini terus mendapat perhatian dengan penambahan siaran di 40 buah negara baharu termasuk India, Turkiye, Timur Tengah dan Afrika," katanya.
Selain itu, siri animasi berkenaan bakal menemui rakyat Malaysia di saluran utama stesen televisyen tempatan (TV9 dan TV3), penstriman Netflix dan saluran Youtube MONSTA bermula Oktober ini, manakala tayangan filem 'Mechamato Movie' bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Disember ini.
"Peminat di Indonesia dan Singapura juga bakal menonton siri animasi Mechamato di pelbagai rangkaian utama negara-negara tersebut bermula Oktober ini.
"Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go. MONSTA ingin mengucapkan selamat Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia ke-59 kepada semua, mari bersama-sama meletakkan nama negara di pentas dunia," katanya.
Video khas berkaitan perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube MONSTA dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022

Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada MDEC. -mechamato.fandom.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.

Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.

Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.

'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.

'Mechamato' berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia
Animasi Mechamato berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia
Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta di Malaysia sahaja dalam tempoh 26 hari.