PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyelesaikan masalah capaian Internet di Kampung Malan, Dangi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kampung Sawai, Matu di Sarawak.
Menerusi satu kenyataan hari ini, MCMC berkata sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, rundingan telah diadakan dengan pihak penyedia perkhidmatan bagi menimbang penyediaan infrastruktur komunikasi seperti Portable Bases Transmitter Station (PBTS) di Kampung Malan dalam masa terdekat.
Sebagai penyelesaian jangka panjang pula, permohonan telah dimajukan bagi pembinaan menara komunikasi baharu di lokasi aduan dalam perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa akan datang.
"Dalam hal ini, pihak Telekom Malaysia (TM) telah memberi komitmen untuk menyegerakan penyediaan talian tetap yang dijangka siap pada 31 Dis 2021, berbanding perancangan asal pada Februari 2022.
"Bagi pihak Digi pula, mereka memberi komitmen untuk menaik taraf liputan 4G yang disasarkan pada awal Ogos 2021 di menara yang terdekat," kata MCMC.
Di Kampung Sawai pula, MCMC berkata sebuah menara komunikasi dirancang dibina di kawasan Muara Sawai, Matu di bawah JENDELA Fasa 1.
"Pembinaan menara tersebut melengkapi menara komunikasi sedia ada yang telah beroperasi, meliputi sembilan menara komunikasi komersial serta tujuh menara komunikasi yang telah dibina di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) kelolaan MCMC di daerah Matu," katanya.
Selain itu, sebanyak 20 stesen pemancar komunikasi sedia ada di daerah Matu kini dalam proses naik taraf kepada perkhidmatan 4G yang dijangka selesai menjelang penghujung tahun ini.
Bagi perancangan jangka panjang di bawah pelan JENDELA Fasa 1 pula, MCMC berkata sembilan menara komunikasi baharu secara keseluruhan telah dirancang untuk dibina di sekitar daerah Matu termasuk satu di kawasan Muara Sawai.
"Pembinaan kesemua menara komunikasi berkenaan dijangka bermula pada suku ketiga 2021 setelah proses penilaian tender dimuktamadkan oleh MCMC.
"Selain itu, perkhidmatan jalur lebar mudah alih melalui satelit juga telah dikenal pasti bagi kawasan Muara Sawai dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga 2021," katanya.
MCMC berkata ia akan terus menjalankan pemantauan terhadap tindakan-tindakan yang telah diambil dan sekiranya perlu, mengambil langkah susulan agar masalah capaian Internet di seluruh negara dapat ditangani dengan menyeluruh sekali gus membolehkan Internet dinikmati oleh semua rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021
MCMC berkata, permohonan telah dimajukan bagi pembinaan menara komunikasi baharu di lokasi aduan dalam perancangan JENDELA fasa akan datang. - Gambar fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan jadi mangsa penderaan
Ketaasuban melampau kepada kepimpinan GISB dikatakan menjadi punca pengikut kumpulan itu sanggup 'menggadaikan' kehidupan mereka dan ahli keluarga demi organisasi dan pemimpin.
Akaun TikTok jual dadah dalam bentuk lolipop telah disekat - Fahmi
TikTok telah mengambil tindakan terhadap satu akaun pengguna dengan menurunkan kandungan jualan dadah dalam bentuk lolipop selepas ia tular di media sosial.
MCMC pantau kandungan parodi libatkan GISB - Teo
Nie Ching berkata pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.
Manfaatkan internet percuma untuk tingkatkan ekonomi, pelancongan di Kampung Mondikot
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu penduduk Kampung Mondikot di sini memanfaatkan sepenuhnya internet berkelajuan tinggi yang disediakan secara percuma bagi meningkatkan ekonomi setempat.
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
MCMC alu-alukan aduan awam berhubung kandungan media sosial babitkan kanak-kanak - Teo
Teo Nie Ching berkata kerjasama itu penting bagi memastikan perlakuan jenayah melibatkan kanak-kanak tidak berleluasa di negara ini.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
MCMC laksana tinjauan terhadap portal aduan pengguna
MCMC jalankan soal selidik mengenai pengalaman pengguna terhadap saluran utama penyelesaian aduan pengguna, Consumer Redress Portal.
MCMC diminta tidak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS - Fahmi
MCMC diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).
MCMC tangani maklumat salah mengenai pengalihan DNS, sekatan akses internet
MCMC arah ISP mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.