KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) siasatan bagi mengelakkan kebocoran data sepanjang tempoh siasatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Beliau berkata sejak 2019 hingga tahun ini, MCMC telah mengambil sejumlah 220 tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk tujuan siasatan.
"Kebiasaannya peranti tersebut akan dipulang balik kepada pihak berkenaan dalam tempoh tiga hingga empat bulan kalau tidak ada pertuduhan dibuat di mahkamah tetapi kalau pertuduhan dibuat, peranti tersebut perlu dibawa ke mahkamah.
"Itu merupakan SOP di bawah MCMC untuk memastikan peranti-peranti yang disita untuk siasatan MCMC, kami ada satu SOP diikuti oleh semua pegawai untuk pastikan tiada kebocoran data," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah kementerian untuk membendung sebarang kebocoran maklumat dalam proses siasatan agensi atau badan penguat kuasa sekali gus menjamin ketelusan dan integriti agensi berkenaan.
Teo berkata pemeriksaan terhadap individu yang disiasat di bawah mana-mana kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh dibuat pegawai yang diberi kuasa oleh MCMC menggunakan waran geledah dari Mahkamah berdasarkan Seksyen 247 Akta 588.
"Semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai diberi kuasa oleh MCMC atau pegawai polis berkenaan mempunyai kuasa untuk mendapatkan capaian kepada data berkomputer sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 249 dan Seksyen 254 Akta 588, katanya.
Beliau menjawab soalan asal Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai keperluan meminda undang-undang termasuk Seksyen 233 Akta 588 agar hanya anggota polis berpangkat Inspektor dan ke atas dibenar menyemak telefon bimbit orang awam sebagai langkah menjaga hak privasi dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa polis.
Teo berkata kesemua proses siasatan ini dijalankan secara telus dan menyeluruh merangkumi semua aspek bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan seadilnya.
Menjawab soalan tambahan Lim mengenai keputusan meletakkan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya Kementerian Komunikasi dan Digital, Teo berkata buat masa ini Kerajaan Perpaduan berpendirian JKOM kekal di bawah JPM.
Beliau berkata keputusan untuk meletakkan jabatan itu di bawah JPM dibuat semasa kerajaan ditadbir bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Teo berkata pemindahan bidang kuasa bagi jabatan itu pada masa hadapan bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Teo Nie Ching berkata, sejak 2019 hingga tahun ini, MCMC telah mengambil sejumlah 220 tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk tujuan siasatan. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).