Masyarakat cina menyifatkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kini memahami aspirasi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Corak itu sekaligus meningkatkan sokongan pengundi cina kepada BN.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menjelaskan, dengan kemudahan serta kesenangan yang dikecapi, komuniti tiong hua mula sedar, janji BN yang diungkap bukan retorik semata-mata.

Melihat kepada kepentingan dasar parti yang selari dengan masyarakat setempat, Yen Yen yakin, ia menjadi jaminan peningkatan 50 peratus pengundi yang akan menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli parlimen Raub itu juga menegaskan, pendekatan yang efisyen dalam memenuhi kehendak rakyat terutama membantu golongan berpendatan rendah, merupakan faktor utama parti terus mendapat sokongan.

Pilihan raya umum ke-12, Yen Yen berjaya mengalahkan calon DAP, Abu Bakar Lebai Sudin dengan majoriti undi 2,752.

Beliau memperloleh 18,078 undi sementara Abu Bakar 15,326 undi.