MCA telah meminta kerajaan Negeri Melaka menarik balik keputusan pembukaan Jonker Walk untuk kenderaan yang dibuat pada mesyuarat exco baru-baru ini.

Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo memaklumkan, ini kerana tindakan terbabit akan menjejaskan kawasan berkenaan yang sudah menjadi ikon pelancongan sejak 13 tahun lalu.

Gan, yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa Jonker Walk menegaskan pihaknya akan mengemukakan rayuan supaya perkara itu dikaji semula.

Terdahulu, Gan meninjau keadaan hari pertama pembukaan Jonker Walk kepada lalulintas.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.