SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika ini sedang menjalankan projek rintis bertujuan merumuskan garis panduan komprehensif untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV) bagi peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023.
"Projek rintis yang dijalankan MBSA ini lebih tertumpu keadaan PBT dan kawasan di bawah kerajaan Selangor bagi dapatkan maklum balas sebelum melaksanakan insentif berkenaan," katanya.
Jamaliah menjawab pertanyaan tambahan Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) sama ada kerajaan Selangor bercadang untuk mewajibkan penyediaan tempat mengecas kenderaan EV di projek pembangunan perumahan baharu.
Beliau berkata, berdasarkan rekod kerajaan negeri, sebanyak 681 unit jumlah Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) di Selangor telah dibina, melibatkan usaha kerajaan dan pihak swasta setakat ini.
Katanya, kerajaan negeri mengalakkan penggunaan kenderaan EV dengan sasaran menyediakan 1,000 EV unit ruang pengecasan menjelang 2025.
"Pada masa sama, kerajaan negeri melalui PBT seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyediakan skim parkir percuma kepada pengguna kenderaan hibrid dan elektrik sejak 2011.
"Selain itu, kerajaan Selangor dalam peringkat akhir perbincangan berkenaan cadangan pemberian insentif sebagai usaha meningkatkan penggunaan kenderaan EV dengan menyebar luas pelaksanaan skim parkir percuma untuk penggunanya di seluruh negeri oleh PBT untuk dilaksanakan tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
![MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709224990_JamaliahJamaluddin.jpg)
Jamaliah berkata, projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023. - Gambar Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
![Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg)
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
![Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735135602_teslashanghai.jpg)
Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.
![Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800 Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734342660_tbpelancaraneMAS.jpg)
Proton e.MAS 7 rasmi dilancar, harga bermula RM109,800
Proton Holdings Bhd melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran nasional, e.MAS 7.
![Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734015550_Syriancitizens.jpg)
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.
![Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733300855_tbperoduaev.jpg)
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
![Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731980661_SeanDuffyRWis.jpg)
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
![GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731751618_TBGV.jpg)
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
!['Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol' 'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730935516_keretaelektrik.jpg)
'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'
Ashley berkata, pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV.
![Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730887195_tbAzrulRezaAzizM.jpg)
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard dijangka akan dikongsi bersama pemegang taruh berkepentingan pada akhir tahun ini.