MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bercadang memperkenalkan penggunaan parkir mekanikal di kawasan Banda Hilir bagi memudahkan pengunjung, khususnya semasa pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada setiap Sabtu.
Datuk Bandar Datuk Shadan Othman berkata inisiatif itu sedang diteliti dari pelbagai aspek termasuk lokasi sesuai bagi membangunkan sistem berkenaan yang menggunakan teknologi parkir bergerak bertingkat.
"Walaupun pengunjung mempunyai beberapa alternatif tapak parkir lain seperti di Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC) serta Taman Rempah dan mereka boleh menaiki teksi air untuk ke Banda Hilir.. inisiatif memperkenalkan parkir mekanikal ini bertujuan menambah jumlah lot parkir di kawasan Banda Hilir dan memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Promosi Program Santai@Bandar Hilir 'Bus on Demand' di sini malam tadi.
Sementara itu, Shadan berkata berdasarkan sistem pemantauan orang ramai yang dipasang di Menara Jam di bangunan Stadthuys di sini, lebih 12,000 pengunjung direkodkan di Banda Hilir setiap kali pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.
Katanya jumlah itu membuktikan inisiatif tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar Melaka.
Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya juga menerima pelbagai maklum balas positif berkaitan pelaksanaan itu daripada pengunjung, termasuk mahu hari Zon Bebas Kenderaan ditambah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Shadan berkata, lebih 12,000 pengunjung direkodkan di Banda Hilir setiap kali pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan. - Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.

Zon Bebas Kenderaan: MBMB tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan
MBMB akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan,

MBMB cadang perkenal parkir mekanikal di Banda Hilir
Shadan berkata inisiatif itu sedang diteliti dari pelbagai aspek termasuk lokasi sesuai bagi membangunkan sistem berkenaan.

Melaka rugi lebih RM300,000 akibat pokok tumbang
Implikasi kewangan berjumlah RM309,921.67 ditanggung pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka, ekoran kejadian 173 kes pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh 1 Jan hingga semalam, kata Exco Perumahan

MPHTJ, MBMB diiktiraf Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021
Kerajaan Negeri Melaka amat bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Usaha pelihara, pulihara bangunan warisan di tapak UNESCO berterusan - MBMB
Kerja baik pulih bangunan akan dijalankan mengikut prosedur agar tidak menjejaskan Tapak Warisan Dunia UNESCO berkenaan.

15 peniaga positif COVID-19, Pasar Besar MBMB ditutup 3 hari
Peniaga yang positif adalah di bahagian sayur-sayuran dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat mereka.

Keindahan bunga 'sakura' bakal warnai Pulau Besar
Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia.

MBMB akan tutup premis perniagaan ingkar SOP COVID-19
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan kedai makan.