MELAKA: Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diiktiraf sebagai Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata menerusi penganugerahan sempena pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia 2022 (iDAM) yang diadakan di Putrajaya pada Khamis lepas, MPHJT menduduki tempat keempat manakala MBMB berada pada kedudukan kelapan.
"Pengiktirafan yang diterima MPHTJ dan MBMB adalah bagi Pengukuran Indeks Daya Huni Malaysia yang diukur melalui 23 indikator di bawah Agenda Malaysia Berdaya Huni dan penganugerahan itu dianjurkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Kerajaan Negeri Melaka amat bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan berkenaan atas kejayaan memperoleh status Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata menerusi penganugerahan itu, MPHTJ dan MBMB telah berjaya mencapai lima aspirasi utama iaitu pembangunan ekonomi makmur dan kalis masa depan serta peningkatan kualiti persekitaran, pemuliharaan alam sekitar dan jaminan keselamatan.
Menurut Sulaiman, kedua-dua PBT berkenaan juga berjaya memperkasa keharmonian komuniti dan keluarga sejahtera, pembangunan guna tanah dan sumber bumi yang mampan dan urus tadbir yang berkesan serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan yang inklusif.
Sulaiman berkata sebelum ini, kesemua empat PBT di Melaka termasuk Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah berjaya memperoleh status Bandar Bahagia di Malaysia 2021 di bawah Jaringan Petunjuk Kemampanan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) yang juga pengiktirafan di bawah PLANMalaysia dan KPKT.
Beliau berkata bagi penganugerahan Bandar Bahagia 2021, MPAG memperoleh skor yang tertinggi iaitu 98.17 peratus sekali gus menempatkan PBT berkenaan pada kedudukan ke-13 daripada 127 bandar yang dinilai diikuti MBMB pada kedudukan ke-26 (91.97 peratus).
Katanya, MPHTJ pula berada pada kedudukan ke-33 (89.40 peratus) manakala MPJ di tempat ke-48 (85.48 peratus).
"Anugerah dan pengiktirafan yang diterima kesemua PBT membuktikan Melaka adalah sebuah negeri yang benar-benar berdaya huni sama ada untuk tinggal dan bekerja, menjalankan kegiatan ekonomi dan perniagaan mahupun sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan yang utama dan menarik.
"Ia juga selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) dan visi kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri lestari dan slogan rasmi negeri 'Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Ini selaras dengan visi kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri lestari. - Foto fail
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.

"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.

Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.

Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.

Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.