IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membatalkan pengoperasian bazar Ramadan di bandar raya itu selagi tidak menerima arahan Kerajaan Negeri.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.
"Kami sentiasa patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya kami menerima arahan untuk membatalkan operasi bazar Ramadan, kami akan ikut arahan.
"Pemantauan (SOP di bazar Ramadan) ke atas pengunjung dan peniaga akan dilakukan bersama-sama dengan pihak berkuasa yang lain," katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi Ipohpedia yang disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi pada Isnin.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan lesen perniagaan kepada kira-kira 1,040 peniaga pada tahun ini di 28 lokasi bazar Ramadan di bandar raya ini.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri belum bercadang mengikut langkah Kelantan untuk membatalkan bazar Ramadan walaupun daerah Kinta dan Manjung berada dalam kategori zon merah berikutan peningkatan kes COVID-19.
Saarani berkata perbincangan bersama MKN, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diadakan sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Mengulas mengenai aplikasi Ipohpedia, Nolee Ashilin berkata aplikasi itu diwujudkan sebagai platform untuk menyalur maklumat tentang tarikan, aktiviti, perkhidmatan dan pendokumentasian mengenai 33 bangunan warisan di sekitar bandar raya ini.
"Ia diwujudkan sebagai platform panduan umum dan muat turun maklumat dalam talian bagi pengunjung yang datang ke bandar raya ini seterusnya membantu mempromosikan pelbagai maklumat mengenai kawasan pelancongan.
"Dengan adanya aplikasi ini nanti, ia menjadi satu laman yang akan menjadi rujukan kepada para pelajar dan penyelidik yang mahu mendapatkan maklumat terperinci mengenai fungsi bandar warisan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
MBI telah mengeluarkan lesen perniagaan kepada kira-kira 1,040 peniaga pada tahun ini di 28 lokasi bazar Ramadan di bandar raya ini. - Gambar hiasan
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ipoh Town Hall bakal jadi pusat unggul aktiviti seni
Ipoh Town Hall, bangunan kolonial British berusia 108 tahun yang terletak di tengah-tengah bandar ini bakal berubah wajah.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.
MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.