JOHOR BAHRU: Rakyat Johor khususnya penduduk di sekitar kawasan pesisir pantai diminta lebih berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku susulan amaran fenomena air pasang besar.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata orang ramai yang berhasrat untuk beriadah di kawasan pantai dan nelayan turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan.
"Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar yang dijangka bermula hari ini hingga Ahad.
"Saya menyeru penduduk di pesisir pantai Johor lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.
Onn Hafiz berkata orang ramai juga diminta sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk informasi agensi berkaitan sebelum memulakan aktiviti.
PHN menerusi hantaran di Twitter memaklumkan bahawa fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.
Justeru, penduduk terutama di sekitar pesisir pantai di seluruh negara disarankan berwaspada dengan fenomena itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Orang ramai yang berhasrat untuk beriadah di kawasan pantai dan nelayan turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan. - Gambar fail/BERNAMA
Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Xbox perkenal Copilot For Gaming tidak lama lagi
Microsoft akan memperincikan ciri Copilot untuk Xbox di acara GDC 2025.

Tiada tempat untuk Islamofobia, serta kebencian terhadap kepercayaan lain - Wisma Putra
Malaysia terus komited dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.
Polis tahan 11 lelaku disyaki terlibat kegiatan pecah rumah
Polis menahan 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi barangan, dalam beberapa serbuan di Simpang Renggam, Kampung Gajah Kluang dan sekitar daerah Tangkak, Khamis lepas.
Geng parang rompak hab penghantaran barang
Sekumpulan penjenayah bersenjata parang rompak syarikat hub penghantaran barangan dan melarikan wang tunai RM46,000.
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

30,000 rakyat Johor dijangka rai keberangkatan Sultan Ibrahim
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia membabitkan laluan sepanjang 35.5 kilometer yang akan ditutup bermula 7.45 pagi hari sama.

Kembara Mahkota Johor 2023 labuh tirai
KMJ menjadi satu daripada acara utama tahunan Johor sekali gus merapatkan perhubungan Istana Johor di hati rakyat.

PRN Johor: Buka sempadan segera, benarkan rakyat Malaysia di Singapura balik mengundi - Hassan Abdul Karim
Langkah pembukaan sempadan itu akan membolehkan ribuan pekerja yang menjadi pengundi dapat pulang ke Johor untuk mengundi.

TMJ gesa semua pihak guna platform aduan awam disediakan kerajaan negeri
Platform itu adalah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam negeri Johor.