KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, meluahkan rasa kecewa dengan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seolah menyebelahi peneroka haram.
Beliau berkata walaupun perlu menjadi suara kepada rakyat, namun bak kata orang lama 'kalau hendak menurut biarlah berakal dan kalau hendak mengikut biarlah pintar' selain menjadi tanggungjawab pemimpin mengajak rakyat menghormati undang-undang.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri tetap mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak sesekali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram, walau apa juga alasan mereka berikan.
"Pemilikan tanah oleh mana-mana individu harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Dalam hal ini, saya menyeru semua wakil rakyat agar dapat memberikan penerangan dan pencerahan kepada mereka yang terlibat dengan penerokaan tanah haram.
"Sama ada dari segi perundangan dan etika kerana itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata Pelan Transformasi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi memperbaiki perkhidmatan bekalan air di negeri ini, menyasarkan keperluan anggaran kos sebanyak RM4 bilion dan akan dilakukan secara berperingkat.
Kos itu, menurut beliau merangkumi keperluan untuk menjadi sumber air mentah, meningkatkan kapasiti loji rawatan air, menaik taraf sistem simpanan dan penggantian paip jenis simen asbestos di samping memastikan kadar air tanpa hasil (NRW) yang mampan.
Setakat ini, PAIP dan kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan peruntukan RM2.1 bilion yang telah diluluskan bagi tujuan tersebut.
Bagi menyeimbangkan pembangunan di Pahang Barat yang agak ketinggalan daripada daerah lain, Wan Rosdy berkata Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus ditubuhkan awal tahun ini, telah menjalankan kajian dan mencadangkan lima kluster utama bagi meningkatkan ekonomi di daerah terlibat.
Kluster tersebut ialah pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan yang mana Wan Rosdy optimis cadangan intervensi keberhasilan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dilaksanakan dapat mengecilkan jurang pembangunan antara Pahang Timur dan Pahang Barat.
Mengulas mengenai Pahang Corporation Sdn Bhd (Pahang Corp) yang dibangkitkan Lee Chean Chung (PH-Semambu), Wan Rosdy berkata syarikat yang diperbadankan pada 21 Mac 2019 itu masih aktif dan adalah syarikat induk milik penuh kerajaan negeri yang berperanan sebagai syarikat cabang pelaburan bagi menceburi perniagaan baharu dan sektor strategik berpotensi pulangan kompetitif.
"Antara aktiviti perniagaan utama kumpulan Pahang Corp ialah pengurusan sumber aset kerajaan, perkhidmatan pengurusan korporat, pengurusan sumber air dan tenaga, pengurusan infrastruktur utiliti dan pembangunan ekonomi digital dan internet perkara (IoT)," katanya.
Lima anak syarikat Pahang Corp pula ialah Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd, Pahang Water and Energy Resources Sdn Bhd, Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd, Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd dan Pahang Go Sdn Bhd dengan semua kecuali Pahang Go mencatatkan keuntungan dalam prestasi kewangan mereka.
Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri bercadang memberi insentif kewangan kepada semua ADUN sebagai penghargan kepada meraka, namun nilainya masih belum ditentukan dan tertakluk kepada persetujuan ahli dewan.
Persidangan bersambung pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Wan Rosdy menegaskan kerajaan negeri tetap mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak sesekali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
'Menang-menang', Pahang tak halang lombong emas, bijih di tanah sendiri - MB
Pahang tidak menghalang mana-mana pemilik tanah persendirian yang mempunyai hasil mineral seperti emas dan bijih besi melakukan aktiviti perlombongan.
Pahang perkenal Astro-tourism sebagai produk baharu pelancongan
Ia bakal meletakkan negara di peta 'dark sky park' dunia.
MB kecewa ada ADUN sokong peneroka haram
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, meluahkan rasa kecewa dengan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seolah menyebelahi peneroka haram.
Talian telefon bimbit milik MB Pahang digodam
Wan Rosdy Wan Ismail akan membuat satu laporan polis berhubung insiden itu bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku
PKPP: Pahang benar operasi perniagaan sehingga 10 malam
Kerajaan negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).