Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini.
"Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.
Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang.
Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu, kata Mohamed Khaled.
Tanpa menolak kemungkinan kejadian yang sama akan berulang disebabkan sifat tidak amanah itu, beliau berkata kerajaan negeri juga tidak menubuhkan sebarang pasukan khas di peringkat jabatan ataupun negeri untuk melakukan siasatan.
Sejak awal minggu lalu, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuat kuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.
Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Okt 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.
Bernama
Sun Nov 17 2013
AWANI Ringkas: Banjir di Kota Tinggi, Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, George Town, pada 11 pagi ini.
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
AWANI Pagi: Pasar Sera Himpunkan Usahawan PMKS Lokal
Pasar Sera disifatkan sebagai platform untuk usahawan yang terdiri daripada anak muda dan orang tempatan khususnya di Kuantan dan Pahang untuk mengetengahkan produk mereka. Untuk tahu bagaimana tercetusnya Pasar Sera ini, ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025, 7-12 Januari di Axiata Arena.
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
AWANI Pagi: Antara GL & ‘Pay and Claim’, Pekerja Terhimpit?
Diskusi 7.30 pagi Sabtu bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia membincangkan mengenai dilema terkini kumpulan pekerja susulan inflasi kos rawatan hospital melihat kepada isu antara surat jaminan (GL) dan bayar dahulu, tuntut kemudian (pay and claim) dilaksanakan oleh beberapa syarikat bermula 2025.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana pada Khamis.
MB Johor serah polis untuk siasat tindakan membocorkan kandungan surat rahsia
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan dokumen rahsia.