KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Mazli yang merupakan Ketua Polis Terengganu ke-31 mengambil alih tugas itu daripada Datuk Rohaimi Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.
Mazli ketika ditemui media berkata beliau akan meneruskan segala strategi yang dirancang kepimpinan terdahulu dalam memastikan indeks jenayah di negeri itu kekal rendah sekali gus memberi impak besar kepada rakyatnya.
"Saya juga akan mencari pendekatan lebih tersusun dan agresif termasuk melipatgandakan kekuatan penguatkuasaan dalam usaha membendung kadar kemalangan di negeri ini," katanya.
Mazli merupakan antara 61 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran jawatan seperti diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Terengganu oleh Datuk Rohaimi Md Isa (kiri) kepada Datuk Mazli Mazlan hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pelajar pengsan selepas hisap rokok elektronik bebas ujian dadah
Tiada kesan dadah ditemui dalam sampel darah pelajar tingkatan empat yang pengsan dipercayai akibat menghisap rokok elektronik.

Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu yang baharu
Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Polis terima enam laporan berkaitan 'Kak Long 7E'
Polis menerima enam laporan terhadap pemilik akaun Facebook Wan Nor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long 7E di seluruh negara, setakat ini.

NGO dari zon merah tidak digalak datang beri bantuan banjir di Terengganu
Individu atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari zon merah COVID-19, tidak digalakkan datang ke Terengganu untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Mayat bayi masih bertali pusat ditemukan terapung
Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui terapung di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit pada Rabu.

Polis Terengganu patahkan sindiket dadah RM1.71 juta berselindung di sebalik kediaman keluarga
Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 40an itu diberkas sekitar 5.30 pagi hingga 1.45 petang Isnin.

PKP: Jangan bawa anak keluar beli juadah buka puasa - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata pihaknya mengesan ada penjaga yang melakukan perkara demikian di sepanjang bulan Ramadan ini.

Pemandu lori dicekup ambil upah waktu PKP edar pil kuda bernilai RM750,000
Polis Terengganu berjaya merampas 50 ribu biji dadah dipercayai pil kuda yang disembunyikan di sebalik lori yang membawa muatan buah-buahan.

PKP: Cadangan pelaksanaan sistem penggiliran nombor plat di Terengganu ditangguh
Polis Terengganu menangguhkan cadangan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya.

Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu
Ibu jari kanan Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang putus ditetak lelaki kurang siuman gagal berfungsi.