KUALA TERENGGANU: Polis menerima enam laporan terhadap pemilik akaun Facebook Wan Nor Baizura atau lebih popular dengan gelaran 'Kak Long 7E' di seluruh negara, setakat ini.
Ia susulan tindakannya yang didakwa menghina dan memperlekehkan nasib Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata dua daripada laporan itu diterima di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.
Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis Selangor memandangkan kertas siasatan telah dibuka di negeri itu.
"Walaupun di Terengganu juga ada terima laporan berkaitan kes ini, kita tidak mahu ada pertindihan siasatan.
"Jadi, kita telah serahkan kes ini kepada polis Selangor dan akan beri kerjasama sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Dengan Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Terengganu di sini hari ini.
BACA: 'Kak Long' tiada sensitiviti, keterlaluan persenda OKU
BACA: Hina OKU, "Kak Long" perlu buat permohonan maaf dan laksana aktiviti amal - Ras Adiba
Pada perjumpaan itu, Rohaimi turut menyampaikan sumbangan kepada 10 anggota dan pegawai polis wanita yang menghidap penyakit kronik.
Dalam pada itu, beliau berkata sembilan kes tatatertib melibatkan anggota dan pegawai polis wanita negeri ini direkodkan tahun lepas.
"Satu daripadanya melibatkan kes narkotik manakala lapan lagi adalah kesalahan tingkah laku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Rohaimi berkata dua daripada laporan itu diterima di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Johor. - Gambar/ Bernama

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Polis lengkapkan kertas siasatan Kak Long 7E
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

'Kami ada perasaan, maruah' - Sahabat OKU Perak buat laporan polis, mahu Kak Long mohon maaf
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Sahabat OKU Perak, Muhamad Firdaus Ibrahim di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.