Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman hari ini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang baharu.
Watikah pelantikan kepada Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada satu majlis di sini hari ini.
Majlis itu turut menyaksikan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pengarah Urusan IM Global Ishak Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Dalam sidang medianya selepas itu, Salahuddin berkata tempoh lantikan ketiga-ketiga mereka berkuatkuasa 1 November sehingga 31 Oktober 2020.
Beliau berkata lantikan tersebut yang diyakini mampu melonjakkan peranan dan perkhidmatan tiga agensi utama itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita harap dan yakin mereka yang dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab besar mengangkat kualiti hidup para petani dan nelayan ke tahap lebih baik selepas ini.
Lantikan ini bukan satu jalan bagi mereka mencari harta dan mengumpul kekayaan tetapi harus diguna untuk mendokong misi asas kementerian iaitu memastikan bekalan makanan negara mencukupi dan taraf hidup petani dan nelayan ditingkatkan," katanya.
Ditanya sama ada lantikan Mazlan dan Muhammad Faiz melanggar manifesto Pakatan Harapan (PH), Salahuddin berkata ia tidak bertentangan kerana polisi PH jelas menyatakan ia hanya melibatkan lantikan ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata lantikan orang politik boleh dibuat ke dalam agensi kerajaan tetapi perlu berdasarkan merit dan pengalaman profesional individu berkenaan.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata tiga lagi pengerusi agensi di bawah kementerian itu akan diumumkan dalam masa terdekat iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
"Untuk MPIB mungkin kita akan umumkan minggu depan, manakala lantikan pengerusi KADA dan MADA perlu sedikit masa kerana melibatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sementara itu, Mazlan berkata beliau akan bertemu 14 Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri bagi mendapatkan input dan maklumat berkaitan sebelum mencadangkan sesuatu untuk sebarang pembaharuan.
"Sebagai orang baharu, saya memerlukan sehingga dua bulan bagi menjelajah setiap negeri mengumpul maklumat dan permasalahan para peladang untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah LPP untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub menyerahkan Watikah Pelantikan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kepada Mazlan Aliman (kanan). - Foto BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.