Satu mayat hampir reput ditemukan terdampar di pesisir Pantai Kemasik kira-kira pukul 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata mayat tanpa pakaian itu dijumpai orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.
"Keadaan mayat menyukarkan untuk kita kenal pasti jantina dan bangsanya kerana ketika ditemui bahagian kepala mayat hanya tinggal tengkorak manakala tangan hanya paras lengan, dan kaki kiri pula hanya tinggal tulang paha sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Katanya mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Hanyan berkata pihaknya akan meminta bantuan daripada polis daerah lain untuk mengesan kes orang hilang dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020

Menurut polis, keadaan mayat menyukarkan untuk dikenal pasti jantina dan bangsa kerana ketika ditemui bahagian kepala mayat hanya tinggal tengkorak, manakala tangan hanya paras lengan. - Astro AWANI

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang.
AWANI Sabah+: Pembangunan luar bandar jamin kesejahteraan rakyat
Pembangunan luar bandar Sabah termasuk mengatasi memastikan bekalan air bersih dan elektrik, menjadi antara fokus Kerajaan Negeri dalam meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama.
Derita kanser: Jual air balang untuk tampung rawatan, kemoterapi
Pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar cekal menjalani kehidupan sebagai pesakit kanser tulang rahang dengan menjual air balang pada Ramadan ini bagi menampung rawatan dan kimoterapinya.

Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data IHPR AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan.

Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan
Tiga anggota polis yang direman berhubung kehilangan barang kes di stor penyimpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.

Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.

Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas wanita berusia 43 tahun itu bermula Ahad hingga Sabtu depan.

Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram.

Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen
Remaja terbabit juga tidak mengendahkan arahan polis supaya memberhentikan kenderaan malah terus memecut melarikan diri.

Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.

Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.