TAIPING: Mayat seorang lelaki warga emas yang telah reput ditemui di dalam kawasan kebun jambu berdekatan Taman Kaya, dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, penemuan mayat yang dikenali sebagai Lee Chong Tick, 62, itu dimaklumkan orang awam kira-kira jam 6.45 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang, yang pergi ke tempat kejadian telah menemui mayat lelaki berbangsa Cina dalam keadaan terlentang dan reput.
“Pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas si mati dan mendapati tiada sebarang tanda berunsur jenayah pada tubuh si mati,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, katanya, semasa mengalihkan tubuh si mati, didapati keadaan tulang berselerak.
Osman berkata, menurut saksi kejadian, kemungkinan si mati memanjat pagar untuk masuk ke dalam kebunnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi, si mati juga dipercayai mempunyai masalah mental.
Katanya, mayat si mati dibawa ke Hospital Taiping untuk membuat ujian COVID-19 sebelum bedah siasat yang dijadualkan hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 11 2022

Menurut saksi kejadian, kemungkinan si mati memanjat pagar untuk masuk ke dalam kebunnya. - Astro AWANI/PDRM
#AWANIRingkas 24 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Mac 2025
1️⃣ Makin pulih, mangsa berkurang 3,893 orang
2️⃣ Rayuan AGC didengar hari ini
3️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
#awaniringkas
1️⃣ Makin pulih, mangsa berkurang 3,893 orang
2️⃣ Rayuan AGC didengar hari ini
3️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
#awaniringkas

'Air tangan' Aidilfitri tirai besi terima sambutan luar biasa
Biskut raya dan makanan sejuk beku yang dipasarkan disifatkan bukan hanya memiliki kualiti premium, tetapi juga lebih murah berbanding di luar.

Bursa Malaysia catat kenaikan tetapi kemudian merosot disebabkan sentimen lemah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas.

Mahkamah Korea Selatan tolak pemecatan PM Han Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Isnin menolak pemecatan Perdana Menteri Han Duck-soo, sekali gus mengembalikannya ke jawatan sebagai pemangku presiden di tengah-tengah ketidaktentuan politik

Sekatan Israel terhadap bekalan kemanusiaan dorong krisis kelaparan akut di Gaza - UNRWA
Kepungan yang menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan, air dan bahan api ke wilayah Palestin, kini berlangsung lebih lama.

Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan
Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi ini.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu tamat - MetMalaysia
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu yang dikeluarkan MetMalaysia pada Sabtu lepas ditamatkan.

Ringgit dibuka tinggi susulan jangkaan impak terhad daripada tarif AS
Malaysia dijangka akan menjadi antara negara yang paling kurang terjejas oleh pelaksanaan tarif timbal balas kerajaan AS.

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS Johor, Sarawak menurun, Sabah meningkat
Situasi banjir di Johor dan Sarawak menunjukkan trend semakin pulih, manakala jumlah mangsa di Sabah dilihat meningkat sedikit.

Guna elektrik berlebihan undang kebakaran musim perayaan - KP Bomba
Selain itu rintangan pemanasan, litar pintas dan terlebih bebanan pada perkakasan elektrik juga jadi pendorong kepada punca utama kebakaran.

Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar
Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari dan tiada unsur jenayah ditemui.

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen siasatan kes bunuh Xin Yuan
Polis menyiasat kemungkinan kematian Yap Xin Yua adalah disebabkan pengambilan dos dadah berlebihan atau perselisihan faham dengan teman lelakinya.

Mayat reput sah milik Yap Xin Yuan
DNA mengesahkan mayat reput yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu sah milik remaja berusia 15 tahun Yap Xin Yuan.

Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang
Susulan penemuan mayat tersebut, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.

21 mayat hampir reput ditemukan, korban banjir di Bangladesh cecah 52
Pegawai tempatan berkata, mayat ditemukan selepas air di beberapa bahagian di wilayah itu mula surut.

Pekerja bunuh bos, sakit hati disindir ketika mahu pinjam wang
Hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh oleh dua orang pekerjanya sendiri.