IPOH: Hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata sehubungan itu, kes berkenaan telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada 7 malam Rabu.
“Mangsa dipercayai seorang perempuan berumur 23 tahun, berdasarkan lambang tatu di lengan dan jari tangan,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu malam.
Menurutnya, telefon bimbit yang dijumpai di tempat kejadian juga disahkan milik mangsa.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Chua Sze Yuan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 012-6195312 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan, kira-kira jam 5.25 pagi, pihak polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas di dalam longkang, berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Tambun
Hasil siasatan awal polis di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan pemandu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Semasa pihak polis tiba untuk menjalankan siasatan, mereka telah menemui mayat reput di dalam kawasan semak, kira-kira dua meter dari lokasi kereta terbabas.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Oct 12 2022
Polis menemui mayat reput di dalam kawasan semak, kira-kira dua meter dari lokasi kereta terbabas di Tambun, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen siasatan kes bunuh Xin Yuan
Polis menyiasat kemungkinan kematian Yap Xin Yua adalah disebabkan pengambilan dos dadah berlebihan atau perselisihan faham dengan teman lelakinya.
Mayat reput sah milik Yap Xin Yuan
DNA mengesahkan mayat reput yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu sah milik remaja berusia 15 tahun Yap Xin Yuan.
Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang
Susulan penemuan mayat tersebut, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.
21 mayat hampir reput ditemukan, korban banjir di Bangladesh cecah 52
Pegawai tempatan berkata, mayat ditemukan selepas air di beberapa bahagian di wilayah itu mula surut.
Pekerja bunuh bos, sakit hati disindir ketika mahu pinjam wang
Hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh oleh dua orang pekerjanya sendiri.
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.