Mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Pulau Pinang berdekatan Bagan Jermal, di sini pada Jumaat malam telah ditemui di Perairan Gurney pagi Ahad.
Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Azman Samsudin berkata mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.
Jenazah mangsa yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Pulau Pinang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam ditamatkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Jumaat, bot fiber yang dinaiki Rosmin dan enam lagi pekerja kontrak di Pulau Jerejak karam di perairan Pantai Bagan Jermal akibat dipukul ombak.
BACA: Bot karam di Pantai Utara, warga emas dikhuatiri lemas
Enam daripada mereka berjaya diselamatkan tetapi Rosmin tidak dapat dikesan dan dipercayai dihanyutkan ombak kuat.
Siasatan awal menunjukkan hanya seorang daripada mereka memakai jaket keselamatan ketika kejadian.
BACA: Pencarian lelaki dikhuatiri lemas akibat bot karam diteruskan
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa ketika urusan menuntut jenazah di Hospital Pulau Pinang.
Jenazah Rosmin dituntut isterinya, Shamsiah Mohd Khadri, 64 tahun, dan anak pasangan itu Shamsul Bharin Shah serta Nor Diyana.
Menurut Shamsul, jenazah bapanya akan disemadikan di Simpang Renggam, Johor.
Jelas Shamsul, kali terakhir dia berjumpa dengan ayahnya adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri Julai lalu, manakala perbualan terakhir adalah menerusi telefon minggu lalu.
Astro Awani
Sun Aug 28 2016

Mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.
Langkah-langkah tidak boleh diambil dengan cara tersendiri - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata pendekatan yang menyeluruh harus diambil kira dalam menyelesaikan masalah habitat hidupan liar. Kerajaan telah memperkenalkan pelan baharu pada 2019 untuk meningkatkan ruang perlindungan atau rizab hidupan liar seluas 15,000 hektar pada tahun 2025 di Semenanjung Malaysia. #AWANInews
Malaysia dahului negara lain selaku rakan ekosistem pembangunan cip AI
Malaysia akan meterai kerjasama strategik dengan syarikat peneraju semikonduktor global bagi pembangunan cip AI sekali gus menjadi rakan ekosistem pembangunan cip AI & hab utama di ASEAN. #AWANInews

Rumah Putih bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Katanya, cadangan itu tidak mengambil kira realiti bahawa Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup secara manusiawi.

Mayat lelaki ditemui dalam parit
Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai
Mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.