DUNGUN: Mayat seorang lelaki yang hanyut dibawa arus ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah pada Selasa lepas, ditemukan tersangkut di sebuah tongkang penyedut pasir pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun Shahrizal Shamsudin berkata mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, ditemukan pada pukul 8.15 pagi tadi oleh petugas yang sedang menjalankan kerja-kerja menyedut pasir pada jarak 3.3 kilometer, lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian Selasa lepas, Ahmad Firdaus Afiq dilaporkan lemas ketika mandi bersama lima rakannya.
Seorang daripada rakan mangsa Mohd Zulfadhli Mohd Hasmadi, 21, juga nyaris lemas kerana mengalami kekejangan kaki namun sempat diselamatkan orang awam namun, Ahmad Firdaus Afiq yang ketika itu dalam keadaan 'tenggelam timbul' gagal diselamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
Anggota polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat Ahmad Firdaus Afiq yang dikhuatiri lemas semasa mandi bersama rakan di Sungai Dungun, Kampung Tok Kah, Dungun, 1 Sept, 2021. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Lelaki terjun sungai lari dari polis ditemui lemas
Seorang lelaki yang sebelum ini lari dari polis dan dipercayai bertindak terjun ke Sungai Dungun pada Khamis ditemukan lemas.
Mayat kanak-kanak lemas ditemui
Mayat mangsa dijumpai jam 2.30 pagi Selasa pada jarak kira-kira 12 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Budak dipercayai lemas selepas dihanyut air sungai
Mangsa Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Serai disedari hilang kira-kira jam 6 petang, Isnin.
Lelaki lemas ketika mandi di Sungai Dungun ditemui
Mangsa ditemui pada jarak kira-kira 700m dari lokasi terakhir dia dilihat.
Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Dungun
Setakat ini pencarian dilakukan pada jarak kira-kira 200 meter radius di pesisir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikatakan hilang.
Mayat lelaki lemas di Sungai Dungun ditemukan
Mayat Ahmad Firdaus Afiq ditemukan pada pukul 8.15 pagi oleh petugas yang sedang menjalankan kerja-kerja menyedut pasir.
Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.