Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa menguji tali 'flying fox' berhampiran Taman Duta Villa, Tamparuli, di sini, Isnin lepas ditemui pada Rabu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam satu kenyataan, memaklumkan mayat mangsa, Tai Kee Ting, 29, itu ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 11.17 pagi.
"Mayat mangsa ditemui terapung di tepi sungai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Operasi yang disertai seramai 11 anggota dan pegawai itu ditamatkan pada jam 12.08 tengah hari," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, balai bomba Tuaran menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.28 pagi Isnin lepas dan operasi mencari mangsa digerakkan sejurus panggilan itu diterima.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian Isnin lepas, mangsa dikatakan cuba menyeberangi sungai menggunakan 'flying fox' untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Bagaimanapun, struktur besi permainan berkenaan tumbang sehingga menyebabkan tali berserta mangsa terjatuh ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 27 2019
Mayat mangsa Tai Kee Ting ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 11.17 pagi. -Gambar fail
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Budak 6 tahun jatuh 40 kaki ketika bermain 'flying fox' di taman hiburan
Video tragedi menunjukkan budak lelaki itu bergerak merentasi 'zipline' bersama seorang dewasa apabila mereka tiba-tiba berhenti dan mangsa terjatuh.
Polis siasat ibu dukung anak buat 'flying fox
Polis telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006.
Zip Line, Laman Budaya Air Pancut Muzikal tarikan pelancongan baharu Shah Alam
Taman Tasik Shah Alam akan 'diserikan' dengan penambahan dua produk pelancongan baharu iaitu Zip Line (terbang kelawar atau flying fox) Shah Alam dan Laman Budaya Air Pancut Muzikal pada April depan.
Mayat lelaki hilang di Sungai Tamparuli ditemukan terapung
Mayat mangsa, Tai Kee Ting, 29, itu ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 11.17 pagi.