Mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di leher dan tangan diikat dijumpai terdampar di bawah jambatan Kampung Labohan Dagang, Banting dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis pukul 3.39 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki itu oleh nelayan di kawasan berkenaan.
"Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 30-an dan berkulit cerah itu berjaya diangkat oleh nelayan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
"Pada mayat itu turut terdapat kesan hentakan tumpul di kepala serta tangan ditetak dan mayat telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian berasingan, mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui terapung di Sungai Langat berhampiran Kilang Megasteel, Kuala Langat dekat sini.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohamed Sofiyuddin Kamar, 28, yang memakai jersi Malaysia dan berseluar jeans panjang ditemui kira-kira pukul 1 petang tadi.
"Mangsa dilaporkan hilang sejak 30 Nov lepas. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Bernama
Tue Dec 15 2015
![Mayat lelaki dengan leher dikelar dijumpai bawah jambatan di Banting Mayat lelaki dengan leher dikelar dijumpai bawah jambatan di Banting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437315693_KESBUNUH.jpg)
Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 30-an dan berkulit cerah itu berjaya diangkat oleh nelayan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. -Gambar hiasan
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Heights Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Heights](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691223118_garisanpolispolic.jpg)
Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Heights
Satu rangka manusia yang lengkap berkemeja-T biru, bersinglet putih dan berseluar jeans biru ditemukan di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.
![Penunggang motosikal dinasihat pilih kawasan selamat jika berteduh bawah jambatan - Polis Penunggang motosikal dinasihat pilih kawasan selamat jika berteduh bawah jambatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51593704188_penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal dinasihat pilih kawasan selamat jika berteduh bawah jambatan - Polis
Penunggang motosikal perlu mengelak daripada duduk di atas motosikal dan tidak berada berhampiran dengan jalan raya.
![Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619919892_kenderaanrentung.jpg)
Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
![Mayat lelaki dengan leher dikelar dijumpai bawah jambatan di Banting Mayat lelaki dengan leher dikelar dijumpai bawah jambatan di Banting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437315693_KESBUNUH.jpg)
Mayat lelaki dengan leher dikelar dijumpai bawah jambatan di Banting
Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 30-an dan berkulit cerah itu berjaya diangkat oleh nelayan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.