PENAMPANG: Seorang penghantar barang terkejut apabila menemui sebuah beg mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan bersama sekeping nota di tangga sebuah bangunan di Bundusan pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.57 tengah hari itu, penghantar makanan dikenali sebagai Aaron Sydny, 28, berkata, dia menemui beg mengandungi mayat bayi itu di tangga bangunan berkenaan ketika mahu mengambil barang daripada pelanggannya.
"Terdapat sekeping nota bertulis 'tolong call (hubungi) polis atau imam' di dalam bungkusan berkenaan.
"Sebaik membaca nota itu, saya terus menghubungi polis tanpa melihat objek di dalam beg tersebut," katanya.
Menurut Aaron, kejadian itu pertama kali dalam hidupnya sejak tiga tahun bekerja sebagai penghantar barang di kawasan berkenaan.
"Ketika itu, saya dalam perjalanan mengambil barang dan ternampak bungkusan bersama nota berkenaan.
"Sebaik membaca nota itu, dalam fikiran saya sudah menjangka ada bayi dalam bungkusan itu.
"Saya terkejut dan menggigil apabila dimaklumkan ada bayi di dalamnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Aaron memaklumkan dia kemudian diminta hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
Penemuan bayi yang dikongsi di Facebook miliknya tular dan menarik perhatian warganet sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat berhubung penemuan seorang bayi lelaki itu.
"Mayat bayi lelaki itu dijumpai di dalam sebuah beg plastik yang diletakkan di tangga berhampiran sebuah premis di kawasan tersebut.
"Pasukan perubatan mengesahkan bayi tersebut baru dilahirkan dan meninggal dunia dalam tempoh kira-kira enam jam sebelum dijumpai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-6535238.
Artikel Penuh di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 04 2021

Mayat bayi lelaki ditemui di tangga sebuah bangunan di Bundusan, Penampang. Sekeping nota ditinggalkan di dalam beg yang mengandungi mayat bayi berkenaan. -Foto Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Terkejut jumpa beg berisi bayi perempuan
Bayi tersebut tidak berbalut dan masih bertali pusat, dengan keadaan muka bengkak akibat gigitan nyamuk.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.