Mayat seorang bayi perempuan ditemui di sebuah pangsapuri di Pandan Indah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memaklumkan telah menjumpai bayi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan telah meninggal dunia di bawah blok pangsapuri itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.