KUALA LUMPUR: Cabaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Maxis eKelas terus menjadi platform untuk memacu pendidikan digital dan menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap menerusi aktiviti dan kempen menarik.
Maxis Berhad dalam kenyataan memaklumkan antara kempen unik eKelas ialah cabaran tahunan STEM Misi Jelajah Digital (MJD) yang menumpukan pada peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam subjek STEM.
Kini memasuki tahun ketiga, Maxis baru-baru ini melancarkan cabaran MJD 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 4 di Kuching, Sarawak, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 16 Nov ini.
"Pertandingan tahun ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran dalam pengaturcaraan, pengekodan dan mengasah pemikiran untuk mereka bentuk. Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MJD akan mencabar pelajar untuk mencipta penyelesaian kepada masalah dalam kehidupan sebenar dan menghasilkan video animasi atau mereka bentuk permainan sendiri berdasarkan kategori mereka.
"Semua peserta akan menerima markah kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik," menurut kenyataan itu.
MJD terbuka kepada semua pelajar Malaysia Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dan pertandingan tahun ini terbuka kepada kumpulan dua hingga empat anggota bagi menggalakkan kerjasama, komunikasi dan kerja berpasukan.
Bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5, tugasan ialah mencipta satu video animasi digital untuk mendidik rakan sebaya mengenai satu daripada Matlamat SDG, manakala bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, dikehendaki membina sebuah permainan dua peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebaya tentang Matlamat SDG.
Sementara itu bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, tugasan mereka ialah mencipta sebuah permainan tiga peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebagai mengenai Matlamat SDG.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata pihaknya percaya STEM adalah penting dan pertandingan itu akan terus memberi peluang kepada pelajar untuk membina asas yang kukuh demi masa depan mereka."Di Maxis, kami membantu pelajar untuk mendapat akses mudah kepada pendidikan berkualiti selepas sekolah melalui portal dan aplikasi eKelas kami," katanya.
Menurut kenyataan itu sepanjang tempoh pertandingan, pelajar eKelas boleh menghadiri bengkel dalam talian percuma untuk mempelajari mengenai animasi dan reka bentuk permainan dan mereka juga boleh mengakses kandungan pembelajaran mengenai pengekodan, bercerita dan kemahiran digital lain yang berkaitan menerusi portal eKelas.
"Bertumpukan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. Selain STEM, pelajar juga berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan Bahasa Inggeris HIP Storyfest," menurut kenyataan itu.
Pelajar digalakkan mendaftar eKelas hari ini di www.ekelas.com.my dan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut dan cara menyertainya, layari bit.ly/ekelasmisi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Kini memasuki tahun ketiga, Maxis baru-baru ini melancarkan cabaran MJD 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 4 di Kuching, Sarawak, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 16 Nov ini. - Foto Maxis
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Maxis eKelas terus pacu pendidikan digital, ajak pelajar sertai MJD 2023
Maxis eKelas terus menjadi platform untuk memacu pendidikan digital dan menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap menerusi aktiviti dan kempen menarik.