MUKAH: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meramalkan trafik penumpang akan stabil dan mencapai tahap seperti mana yang direkodkan sebelum pra-pandemik mulai tahun 2025.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia susulan jangkaan penguncupan trafik penumpang udara antara 70.7 peratus dan 74.2 peratus tahun ke tahun, atau kepada 6.9 juta hingga 7.8 juta penumpang bagi tahun 2021.
“Susulan impak COVID-19, sektor pelancongan dan penerbangan amat terkesan dan mengalami ketidaktentuan pasaran yang telah menjejaskan industri penerbangan negara.
“Kesan penularan wabak COVID-19 terhadap ekonomi dunia dan negara, terutamanya aspek perubahan corak permintaan pelancong dan sektor penerbangan memerlukan satu tempoh pemulihan yang dijangka memakan masa antara tiga hingga empat tahun, tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak ini di dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, di sini pada Sabtu.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata kementerian akan turut menilai semula cadangan projek pembinaan lapangan terbang baharu dan menaiktaraf lapangan terbang sedia ada berdasarkan perkembangan terkini dan kekurangan permintaan dalam industri penerbangan negara.
Penilaian semula itu, jelas beliau adalah berdasarkan keutamaan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan mendesak penduduk-penduduk di kawasan pendalaman negara.
Bagaimanapun, tegas Ka Siong, Kerajaan Persekutuan akan berusaha melakukan yang terbaik kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya di Sarawak, bagi memastikan rakyat dapat menikmati dan mengecapi hasil pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Projek Lapangan Terbang Baharu Mukah merupakan salah satu contoh keprihatinan pihak kerajaan untuk memastikan keperluan dan kepentingan para penduduk sentiasa terpelihara.
“Projek ini dirancang bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan kapasiti dan rangkaian pengangkutan awam di Sarawak dapat ditingkatkan, tetapi juga bertujuan untuk memberikan keselesaan dan pengalaman pengangkutan awam yang lebih baik kepada masyarakat setempat,” ujar beliau lagi.
Dalam masa yang sama, Ka Siong memaklumkan kementerian akan melaksanakan kajian National Airports Strategic Plan (NASP) pada hujung tahun ini, dan ia dijangka dimuktamadkan pada pertengahan 2023.
Kajian tersebut, jelas beliau adalah bagi memastikan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang dan padang terbang di negara ini dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa pihak industri dengan mengambil kira impak COVID-19, selain keperluan sistem jaringan kesalinghubungan pengangkutan negara.
“Kajian ini secara amnya akan membantu Kementerian Pengangkutan untuk menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang dan padang terbang (STOLPort) di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik agar cadangan pembangunan sesebuah lapangan terbang kelak, akan dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan sebenar seperti mana dapatan kajian tersebut.
“Walau bagaimanapun, cadangan pembangunan lapangan terbang atau padang terbang bagi tujuan penyediaan perkhidmatan udara luar bandar akan diteruskan, tertakluk kepada kedudukan kewangan negara.
“Kementerian akan mempertimbangkan permohonan tersebut sekiranya terdapat keperluan mendesak penduduk-penduduk di kawasan pedalaman negara,” katanya.
Lapangan Terbang Baharu Mukah dibuka secara rasmi pada Jun lalu.
Lapangan terbang baharu bernilai RM300 juta itu akan menggantikan semua fungsi terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) sebelum ini.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 04 2021
Kata Ka Siong, susulan impak COVID-19, sektor pelancongan dan penerbangan amat terkesan dan mengalami ketidaktentuan pasaran yang telah menjejaskan industri penerbangan negara.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Sosioekonomi Mukah berteras kepada pendidikan, pelancongan dan makanan - Abang Jo
Kerajaan Sarawak telah merangka pelan utama bagi mengembangkan sosioekonomi penduduk di Mukah.
MAVCOM laksana rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak - PM
Ia sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar pada tahap yang terbaik.
MAVCOM ramal trafik penumpang akan stabil mulai 2025 - Ka Siong
Susulan impak COVID-19, sektor pelancongan dan penerbangan amat terkesan dan mengalami ketidaktentuan pasaran yang telah menjejaskan industri penerbangan negara.
Lapangan terbang Mukah tutup hingga pagi esok
Landasan di Lapangan Terbang Mukah terus ditutup hingga 7.00 pagi esok selepas sebuah pesawat tergelincir di landasan itu pagi ini.