KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan peratus atau 495 penerbangan telah merekodkan penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
MAVCOM dalam penemuan awal siasatan yang dikeluarkan hari ini mengenai penundaan penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa tempoh perjalanan Aidilfitri berkata, siasatan tersebut melibatkan analisis data gangguan jadual penerbangan yang dibuat berdasarkan data yang dikemukakan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.
Menurutnya, berdasarkan penemuan awal MAVCOM, lebih 6,000 penerbangan domestik telah dikendalikan oleh syarikat penerbangan tempatan sepanjang tempoh perjalanan Aidilfitri dari 29 April hingga 9 Mei, 2022 berbanding lebih 8,000 penerbangan domestik yang dikendalikan sepanjang tempoh perayaan itu pada Jun 2019, sebelum penularan COVID-19.
"Sepanjang tempoh perjalanan itu, AirAsia mengendalikan 2,954 penerbangan yang mana 13 peratus atau 368 penerbangan tertunda melebihi satu jam. Ini diikuti Malaysia Airlines yang mengendalikan 1,447 penerbangan dengan mencatatkan tiga peratus atau 44 penerbangan tertunda.
"Selain itu, MASwings mengendalikan 656 penerbangan dengan 10 peratus atau 64 penerbangan tertunda, manakala penerbangan Firefly turut tertunda sebanyak dua peratus atau 15 penerbangan daripada 680 penerbangan yang dikendalikan," katanya.
Katanya Batik Air (sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air) yang mengendalikan 555 penerbangan mencatatkan satu peratus atau empat penerbangan yang tertunda.
Bagi penundaan penerbangan melebihi dua jam, analisis awal menunjukkan bahawa 71 peratus atau 119 penerbangan tertunda disebabkan beberapa faktor operasi, antaranya kekurangan pesawat, perhentian penerbangan malam yang tidak berjadual disebabkan had waktu pekerjaan sah anak kapal dan kelewatan ketibaan lanjutan dari penundaan, katanya.
Suruhanjaya berkata, ini diikuti oleh faktor-faktor teknikal seperti kerosakan pesawat, penyelenggaraan mendesak yang tidak dijadualkan, serta kekurangan alat ganti atau peralatan penyelenggaraan, yang secara kolektif menyumbang kepada 25 peratus atau 41 penerbangan yang ditunda melebihi dua jam.
"Kedua-dua faktor operasi dan teknikal menyumbang kepada 96 peratus atau 160 penerbangan daripada jumlah penerbangan yang ditunda melebihi dua jam dalam tempoh perjalanan tersebut. Faktor lain disumbangkan oleh keadaan cuaca buruk," katanya.
Suruhanjaya tersebut sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai penyediaan penjagaan bagi 160 penerbangan yang ditunda melebihi dua jam untuk memastikan sama ada penjagaan seperti yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) telah disediakan kepada pengguna.
Katanya pengguna yang terjejas akibat penundaaan penerbangan melebihi dua jam disebabkan faktor operasi dan teknikal hendaklah diberikan makanan, panggilan telefon dan akses Internet, selain penginapan dan pengangkutan bagi penundaan penerbangan selama lima jam atau lebih, sekiranya penginapan diperlukan oleh pengguna.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata MACPC telah ditubuhkan untuk memastikan hak-hak pengguna penerbangan sentiasa dilindungi, dan syarikat penerbangan perlu mematuhi undang-undang sedia ada
"Pengguna harus ditawarkan penjagaan secara automatik seperti yang tertakluk di bawah MACPC dan tidak perlu meminta penjagaan daripada syarikat penerbangan.
"Suruhanjaya sedang dalam proses pengesahan justifikasi yang diberikan oleh syarikat penerbangan berkaitan penyediaan penjagaan semasa penundaan penerbangan dalam tempoh yang ditinjau," katanya.
Menurut Saripuddin, MAVCOM tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan kuasanya sekiranya justifikasi yang diberikan tidak memenuhi keperluan di bawah MACPC.
Saripuddin berkata bergantung kepada jenis dan tahap ketidakpatuhan, syarikat penerbangan boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan pertama, dan dalam hal ketidakpatuhan kedua atau yang berikutnya, suatu amaun 10 kali daripada penalti kewangan yang telah dikenakan sebelumnya bagi ketidakpatuhan terhadap MACPC.
"Sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi industri penerbangan negara, adalah menjadi kewajipan kami untuk memastikan penyiasatan yang mendalam dan objektif dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil oleh suruhanjaya.
"Selaras dengan mandat kami, MAVCOM bermatlamat untuk menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial dan berdaya tahan, sambil memperkasakan pengguna untuk melindungi hak-hak mereka sebagai pengguna penerbangan," katanya.
Suruhanjaya turut menggesa semua syarikat penerbangan memainkan peranan dalam mendidik pengguna mengenai hak-hak penerbangan mereka seperti yang diperuntukkan dalam perenggan 19 MACPC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Sebanyak lapan peratus atau 495 penerbangan telah merekodkan penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.