KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa pengguna yang terjejas oleh perubahan jadual penerbangan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkaitan bagi memastikan pengguna menerima penjagaan dan bayaran balik yang sewajarnya.
Dalam satu kenyataan, MAVCOM berkata Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), yang diperkenalkan oleh suruhanjaya itu pada 2016 dan ditambah baik pada 2019 untuk melindungi kepentingan pengguna dalam perjalanan udara, memerlukan syarikat penerbangan menyelesaikan aduan pengguna dalam tempoh 30 hari selepas aduan tersebut diterima.
Pengerusi Eksekutif suruhanjaya itu Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pengguna perlu dimaklumkan dengan baik hak-hak mereka sebagai pengguna penerbangan dan menyedari bahawa syarikat penerbangan serta penyedia perkhidmatan penerbangan lain perlu menyelesaikan aduan mereka dalam tempoh 30 hari seperti yang digariskan dalam MACPC.
"Keperluan garis masa ini juga terpakai bagi pelbagai isu yang berkaitan dengan sektor penerbangan termasuk isu pembatalan penerbangan, isu kehilangan, kerosakan dan kelewatan bagasi dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata sekiranya maklum balas yang diberikan oleh syarikat penerbangan tidak memuaskan atau aduan tersebut masih tidak dapat diselesaikan, pengguna diminta untuk mengemukakan aduan kepada MAVCOM bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan.
Saripuddin berkata sejak penubuhan MAVCOM pada 2016, suruhanjaya itu telah menerima dan membantu lebih daripada 22,000 aduan serta maklum balas daripada pengguna.
"MAVCOM ingin menegaskan sekali lagi bahawa hak-hak pengguna penerbangan perlu sentiasa diutamakan oleh syarikat penerbangan dan penyiasatan sedang dijalankan berkenaan isu penjadualan semula penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa musim perayaan baru-baru ini.
"Semakan MAVCOM, berdasarkan fakta dan data ini bertujuan untuk memberikan pandangan yang objektif, tepat dan menyeluruh mengenai situasi tersebut," katanya dan menambah bahawa hasil siasatan MAVCOM mengenai perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata MAVCOM akan berpandukan mekanisme pengenaan penalti kewangan yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada MACPC atau Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Sebelum ini, MAVCOM telah mengenakan penalti berjumlah RM4.7 juta terhadap syarikat penerbangan kerana tidak mematuhi MACPC.
"Bagi pengguna yang terjejas dan tidak menerima maklum balas atau tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan penerbangan digalakkan untuk mengemukakan aduan kepada MAVCOM melalui laman sesawang FlySmart di www.flysmart.my, atau aplikasi mudah alih FlySmart yang boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store," katanya.
Pengguna juga boleh menghubungi talian pengguna di 1800-18-6966 bagi panggilan dalam Malaysia atau +603-7651 2777 bagi panggilan di luar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

MAVCOM menggesa pengguna yang terjejas oleh perubahan jadual penerbangan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkaitan bagi memastikan pengguna menerima penjagaan dan bayaran balik yang sewajarnya. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.