KUANTAN: Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menghuni di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di sini, berpunca daripada hentakan di kepala.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat mangsa manakala kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang dilengkapkan.
"Ada laporan sebelum ini menyebut mangsa dicekik dan sebagainya namun itu bukan punca kematian. Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau dan masih direman hingga 27 Mac ini.
"Siasatan kes melibatkan kanak-kanak jadi tidak banyak benda yang boleh dikongsikan dan siasatan masih berjalan," katanya pada sidang media selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan kes melibatkan kanak-kanak itu yang disahkan maut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Ahad lepas.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh suspek, dalam kejadian yang didakwa berpunca akibat wang RM4.
Dalam perkembangan lain, Ramli memaklumkan siasatan kes pembunuhan melibatkan pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak di dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini pada 4 April tahun lepas masih diteruskan.
Katanya, tiada petunjuk baharu ditemukan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk berkongsi dengan polis diminta tampil berbuat demikian.
Pada hari kejadian, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan maut kira-kira pukul 11 malam, dengan kesan darah kering pada kepala serta mempunyai luka tembakan.
Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Ramli dalam ucapannya berkata statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik bermula 1 Jan hingga 22 Mac lepas menunjukkan terdapat 4,182 jumlah kemalangan berbanding tempoh yang sama pada 2021 iaitu 3,390, melibatkan peningkatan sebanyak 792 kes.
Menurut beliau, trend tersebut membimbangkan terutama menjelang Aidilfitri, justeru peringatan dan operasi akan dipergiatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang dilengkapkan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
Maut kerana RM4: Hentakan di kepala punca kematian kanak-kanak lelaki 11 tahun - Polis
Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menghuni di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di Kuantan.
Maut kerana RM4: Saya reda, harap berikan kemaafan buat arwah - Bapa mangsa
Qurbani Azhar menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya.
Maut kerana RM4: 'Arwah halalkan semua, lahir hasrat ke syurga' - Keluarga angkat
Arwah pernah menyuarakan hasrat untuk melangkah ke syurga apabila dilihat sering menghalalkan kesemua hutang rakan-rakannya.