PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menasihati masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga dan menghormati maruah seseorang dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak apatah lagi pemimpin negara.
Beliau berkata Islam sangat mementingkan pemeliharaan maruah walaupun ia melibatkan pihak musuh.
"Sebab itu Islam bersifat profesional dan ingatkan diri kita jaga mulut, pelihara diri maka Allah tutup aib kita dan pelihara maruah kita," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023, di sini pada Khamis.
Mohd Na'im berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang menuduh pemimpin tertinggi negara terlibat dalam isu moral.
Mengulas lanjut sama ada Ahli Parlimen terlibat boleh dikenakan hukuman qazaf (kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi), Mohd Na'im berkata ia terletak di bawah bidang kuasa mahkamah, mengambil kira jika terdapat aduan mengenainya.
"Seperti hukuman lain, kesalahan lain, sama ada undang-undang sivil atau qazaf di Mahkamah Syariah, maka ia bermula dengan aduan, jika ada aduan dikemukakan oleh pihak tertentu misalnya tuntutan saman pihak kepada pihak lain atau ada laporan polis, di situ ada tindakan dalam konteks undang-undang sivil.
"Begitu juga dengan undang-undang Syariah, kalau ada aduan dikemukakan kepada penguat kuasa agama, maka siasatan boleh dijalankan, kemudian setelah mahkamah mendengar (hujah) Pendakwa Syarie dengar pembelaan tertuduh, barulah kemudian mahkamah buat keputusan sama ada kesalahan qazaf telah berlaku atau tidak," katanya.
Terdahulu dalam ucapanya Mohd Na'im berkata institusi keluarga wajar diberi perlindungan, diperkukuh, diperkaya dan diperkasakan dari semasa ke semasa demi mencapai kesejahteraan ummah yang pasti akan bermula dari sebuah keluarga iaitu unit sosial terkecil yang akan membentuk sesebuah ummah.
Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023, yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, julung kali diadakan sebagai platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia dalam menangani dan mengurus isu-isu kekeluargaan khususnya dalam kalangan umat Islam ke arah mencapai kesejahteraan ummah.
Bertemakan 'Kesejahteraan Ummah Bermula Di Sini', seeramai 300 peserta persidangan dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura yang terlibat secara langsung dalam bidang kekeluargaan Islam di pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Mohd Ma'im berkata Islam sangat mementingkan pemeliharaan maruah walaupun ia melibatkan pihak musuh. - Foto Facebook/Mohd Na'im
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Percepat transformasi digital | Naik taraf segera kemudahan | Isu Laut China Selatan
Tumpuan AWANI Borneo 7 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Masyarakat Islam diingat supaya sentiasa jaga maruah seseorang - Mohd Na'im
Mohd Na'im menasihati masyarakat Islam supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak apatah lagi pemimpin negara.