Naib presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye menggesa lebih ramai individu dan badan korporat tampil membuat sumbangan.

Sumbangan berbentuk peralatan, logistik dan wang Ringgit akan disalur ke dalam Tabung MCPF bagi penganjuran pelbagai program pencegahan jenayah di seluruh negara.

Menurut beliau MCPF kini giat melaksanakan pelbagai program pencegahan jenayah termasuk menubuhkan kelab pencegahan jenayah di sekolah bagi mendidik generasi muda mengelakkan diri daripada gejala sosial dan jenayah lain.

MCPF kini mempunyai kira-kira 1,200 anggota di seluruh negara sejak ditubuhkan pada 1993 oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar.