Rakyat Malaysia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana ia bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan mahu Malaysia terus menjadi negara maju, terutama dari segi ekonomi dan sosial.
"Dalam mencapai matlamat itu, kita inginkan masyarakat yang serba boleh atau pun ''all-rounder''," kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Aplikasi NJOI Now, di sini, hari ini.
Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Najib berkata golongan belia merupakan pengguna terbesar digital kerana mereka merupakan generasi yang memberi keutamaan kepada informasi yang mudah didapati menerusi peranti digital masing-masing.
Bernama
Thu May 11 2017

Rakyat Malaysia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana ia bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain, kata Datuk Seri Najib Razak. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Masyarakat digalak ceburi bidang keusahawanan, jadi serba boleh - PM Najib
Rakyat Malaysia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana ia bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain, kata Datuk Seri Najib Razak.