SEREMBAN: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) Datuk Masri Razali dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan hari ini berkata Masri menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam.
"Penyerahan tugas dan proses mengangkat sumpah telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ketetapan Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Masri yang merupakan lulusan Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1997 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun sama serta pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Aminuddin berkata kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada Zazali atas perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar MBS sejak 1 Jan tahun lepas.
"Semasa perkhidmatan beliau, Seremban telah berjaya dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya dan buat pertama kalinya, dua Pihak Berkuasa Tempatan telah digabungkan untuk membentuk Majlis Bandaraya Seremban," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021

Masri menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam. - Foto Sinar Harian

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar'
Datuk Bandar berkata, bangunan berkenaan berstatus pemilikan berstrata yang diuruskan oleh ejen pengurusan.

Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.

Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar
Kejadian tanah mendap di kawasan itu pada Oktober tahun lalu itu membimbangkan penduduk berikutan ia turut melibatkan rekahan di jalan raya yang mungkin boleh menjejaskan kediaman mereka.

Masri dilantik Datuk Bandar MBS yang baharu
Datuk Masri Razali dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.