SIBU: Masjid tertua di Sarawak berusia 161 tahun iaitu Masjid Al-Qadim di sini, dijangka akan mula dibuka semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat tarawih berjemaah, pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee berkata masjid yang baru sahaja dibaik pulih itu, telah dibina oleh seorang ulama Indonesia yang datang berdakwah ke Sibu dengan kerjasama masyarakat Islam di Kampung Nyabor pada tahun 1861, dan mampu menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Menurutnya, kali terakhir masyarakat Islam menunaikan solat tarawih berjemaah dan solat wajib lima waktu di masjid bersejarah itu adalah pada lima tahun lalu, iaitu sebelum masjid itu ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih.
"Sudah semestinya masyarakat Islam di bandar ini, termasuk anak-anak Sibu yang sudah lama berada di perantauan amat teruja menunaikan solat tarawih di masjid bersejarah ini. Kos keseluruhan kerja baik pulih dan mengembalikan reka bentuk asal Masjid Al-Qadim ini, ialah kira-kira RM2.2 juta.
"Saya pelawa masyarakat Islam dan anak-anak Sibu yang sudah lama di perantauan, untuk balik kampung dan menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Qadim pada bulan Ramadan tahun ini," katanya kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja baik pulih masjid tersebut di sini, hari ini.
Dr Annuar juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata umat Islam juga boleh menunaikan solat sunat tarawih berjemaah dengan selesa, kerana masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya.
Katanya beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan, untuk menentukan tarikh sebenar masjid itu boleh dibuka sepenuhnya.
Sementara itu, beliau berkata masjid itu juga akan dijadikan sebagai tarikan pelancong di bandar Sibu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Kali terakhir masyarakat Islam menunaikan solat tarawih berjemaah dan solat wajib lima waktu di masjid bersejarah itu adalah pada lima tahun lalu. - Gambar/ Bernama
AWANI Borneo [19/11/2024] – Kemalangan | Sabah Maju Jaya | Pelancongan: Sarawak capai sasaran
Tumpuan AWANI Borneo, Selasa 19 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Ibu maut, anak 11 tahun putus kaki digilis kereta api di Putatan, Sabah.
Pelan noktahkan miskin tegar Sabah capai matlamat.
Pelancongan Sarawak capai sasaran lebih awal.
Ibu maut, anak 11 tahun putus kaki digilis kereta api di Putatan, Sabah.
Pelan noktahkan miskin tegar Sabah capai matlamat.
Pelancongan Sarawak capai sasaran lebih awal.
KKM belanja RM23.25 bilion beli ubat dalam tempoh 8 tahun
Peningkatan peruntukan kewangan ini adalah selari dengan kenaikan harga ubat-ubatan, pertambahan bilangan pesakit dan penggunaan ubat-ubatan baharu mengikut kepakaran yang lazimnya masih dalam tempoh paten dan harga ubat lebih mahal.
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas di Putatan pada Selasa.
Cadangan perkenal skim caruman persaraan baharu perlu dikaji - KESUMA
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kajian tersebut bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber.
Sektor perbankan perlu terlibat secara langsung
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru sektor perbankan di negara ini terlibat secara langsung dalam usaha mengatasi masalah kewangan bagi projek berkaitan perubahan iklim.
Pangkalan data dibangunkan guna kajian indeks belia 2.0
Sebuah pusat pangkalan data yang berkait dengan belia akan dibangunkan dalam masa terdekat ambil kira kajian indeks belia 2.0.
Pelan menoktahkan miskin tegar Sabah capai matlamat - Nizam
Inisiatif kerajaan negeri Sabah di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 bagi menoktahkan kemiskinan tegar telah mencapai matlamatnya pada 31 Julai 2024.
Usaha ini melibatkan pemurnian data program menoktahkan miskin tegar fasa satu 2024, yang melibatkan lebih 22 ribu ketua isi rumah (KIR) dan lebih 94 ribu ahli isi rumah (AIR).
Usaha ini melibatkan pemurnian data program menoktahkan miskin tegar fasa satu 2024, yang melibatkan lebih 22 ribu ketua isi rumah (KIR) dan lebih 94 ribu ahli isi rumah (AIR).
ESSCOM lancar aplikasi “Friends of Sabah”
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) hari ini melancarkan aplikasi inovatif Friends of Sabah (FoS) yang dijangka menjadi platform penting untuk memastikan keselamatan pelancong di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Putatan pada Selasa.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Masjid tertua di Sarawak buka semula hujung Ramadan
Masjid tertua di Sarawak berusia 161 tahun iaitu Masjid Al-Qadim , dijangka akan mula dibuka semul pada sepuluh hari terakhir Ramadan.