JOHOR BAHRU: Semua masjid dan surau di negeri ini diarah mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah untuk keselamatan serta perlindungan buat umat Islam di Palestin.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya serangan regim Zionis terhadap rakyat dan tanah Palestin.
"Kita menyeru seluruh umat Islam di Johor khasnya memperbanyakkan doa keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin.
"Kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengarahkan masjid dan surau di seluruh Johor agar mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah sebagai usaha kita memohon kehadrat Allah SWT agar memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat Palestin yang ditindas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerah berkata, penindasan atas bumi rakyat Palestin oleh rejim Zionis merupakan pembantaian dan pembunuhan umat Islam.
"Secara terang-terangan ia menuntut penyatuan suara dan doa Bangsa Johor dan seluruh negara.
"Ini bukan isu agama.. ini bukan isu kepercayaan, ini isu kemanusiaan," katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan satu-satunya loji jana kuasa elektrik di Semenanjug Gaza kehabisan bahan api ketika rantau tersebut terus diserang dan dikepung secara menyeluruh oleh tentera Israel.
Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah tersebut selepas melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Sabtu lalu.
Gaza yang memiliki 2.3 juta penduduk bergelap semalaman selepas loji jana kuasa di wilayah itu kehabisan bahan api. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 13 2023
Mohd Fared Mohd Khalid berkata Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya serangan regim Zionis terhadap rakyat dan tanah Palestin. - Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.