Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Taman Tasek Jaya di sini memperkenalkan program rak makanan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Pengerusinya, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata, pelbagai keperluan makanan seperti tepung, beras, gula dan minyak diletakkan di rak itu setiap hari.
Menurutnya, rak makanan itu diletakkan di kawasan terbuka, bersebelahan pejabat masjid bagi memudahkan mereka yang memerlukan untuk mengambilnya.
"Sesiapa sahaja boleh mengambilnya dan kita akan tambah mana yang kurang setiap hari," katanya kepada pemberita sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di masjid itu pada Ahad.
Sambutan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ((JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.
Dr Fadzli Cheah yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) Ipoh berkata, sesiapa sahaja boleh memberi sumbangan untuk program rak makanan.
Sementara itu, Dr Zambry yang menyambut baik program itu berharap ia dapat dicontohi oleh masjid-masjid lain di seluruh negeri Perak.
Dalam pada itu, kata Menteri Besar, beliau akan melihat bantuan yang boleh diberikan untuk program pembangunan fasa dua masjid itu yang dikatakan melibatkan kos kira-kira RM2 juta.
Mengenai sambutan Tahun Baru Cina itu, Dr Zambry berkata, ia adalah salah satu budaya masyarakat Cina yang turut membuktikan bahawa Islam bukan hanya untuk satu-satu kaum sahaja.
Menurut beliau, Islam adalah untuk semua dan kalau ia dapat diterapkan dalam kehidupan, masyarakat akan hidup dalam aman dan damai.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 25 2018
Pelbagai keperluan makanan seperti tepung, beras, gula dan minyak diletakkan di rak itu setiap hari.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Masjid Cina perkenal program rak makanan bagi golongan yang memerlukan
Rak makanan tersebut diletakkan bersebelahan pejabat masjid bagi memudahkan mereka yang memerlukan untuk mengambilnya.