PARIT BUNTAR: Kajian mendapati Masjid Batu di Kuala Kurau di sini menyimpan khazanah warisan bernilai sejarah iaitu sebuah mimbar berusia 105 tahun yang masih utuh dan tersergam indah.
Lebih menarik, pembinaan mimbar yang mencecah ketinggian lima meter dan lebar mencecah dua meter itu tidak menggunakan sebarang paku logam sebaliknya ia menggunakan kaedah pasak, tanggam dan baji.
Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata mimbar yang diperbuat daripada jenis kayu seraya atau meranti merah itu menampilkan teknik ukiran Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Timbul Bersilat dan teknik ukiran Layang.
"Nama pengukir, Muhammad Saad Bin Wan Ngah tertera pada sisi kanan dinding mimbar iaitu berdasarkan terjemahan inskripsi dalam aksara Arab, diikuti hari dan tarikh lengkap pembuatan mimbar iaitu Jumaat 27 Ramadan tahun 1334 Hijrah Bersamaan 27 Julai 1916 Masihi," katanya kepada Bernama, yang tidak menolak kemungkinan pengukir mimbar itu datang berhijrah dari Jawa Tengah ke Tanah Melayu.
Katanya mimbar itu mempunyai keunikan tersendiri kerana motif ukiran berunsur tumbuhan, bunga bakawali menjadi pilihan pengukir yang diukir dalam skala besar di puncak panel gunungan mimbar tersebut.
Harleny berkata jika mimbar Masjid Kariah Nerasau mempunyai inskripsi paling lengkap dengan tarikh, nama masjid, nama pengasas serta nama penuh dan asal pengukir, berbeza pula dengan mimbar Masjid Batu yang diklasifikasikan mempunyai inskripsi terpanjang kerana terdapat catatan pada bahagian gunungan dan di kedua-dua bahagian dinding mimbar.
Selain itu, katanya terdapat inskripsi yang tertera pada bahagian kanan panel gunungan mimbar Masjid Batu dalam aksara tulisan Jawi dan Arab yang bermaksud 'Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Hasan, Husain, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sekalian sahabat'.
"Pada bahagian kiri panel gunungan pula adalah inskripsi yang diukir secara bertimbal balik berdasarkan terjemahan inskripsi pada bahagian kanan panel gunungan mimbar," katanya yang telah dua bulan menjalankan kajian mimbar Masjid Batu.
Tambahnya, pada sisi kiri dinding mimbar pula adalah inskripsi bahasa Melayu dalam aksara Jawi berdasarkan terjemahan pada sisi kanan dinding mimbar.
Harleny berkata reka bentuk mimbar itu yang bagaikan sebuah gerbang istana dengan empat batang tiang kayu buton di kedua-dua sisi kaki mimbar diperindahkan dengan ragam hias, sarat dengan stailisasi motif bunga ketumbit dan bunga teratai, menyerlahkan keunikan seni ukiran mimbar tersebut.
"Keberadaan mimbar yang kini masih tersergam di ruang dalam Masjid Batu ini wajar dipulihara agar usaha ke arah pelestarian mimbar yang masih gah berdiri sehingga ke hari ini dapat diwartakan sebagai aset warisan negeri Perak," katanya sewaktu melawat mimbar Masjid Batu, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata jejak mimbar tua itu diharap dapat menerbitkan kecintaan dan penghargaan dalam kalangan masyarakat setempat di Kuala Kurau khususnya, bahkan di negeri Perak dan Malaysia umumnya.
Harleny memulakan kajian mengenai mimbar berusia lebih 100 tahun di seluruh negara dan Nusantara sejak 2009 dan setakat ini ratusan mimbar telah dikaji dengan kerjasama pihak muzium dan Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Batu, Mohd Said Hasni, 78, berkata pengukir mimba itu kemungkinan orang Jawa dari Sumatera yang berhijrah dari Johor ke Semanggol dan ke Kuala Kurau, berdasarkan cerita masyarakat Jawa yang tinggal di sini daripada datuknya.
"Saya percaya mimbar ini diukir oleh tukang yang mahir kerana tidak berlaku serpihan pada ukiran di mimbar ini," katanya sambil menambah empat tiang kayu cengal emas digunakan untuk menyokong struktur masjid itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021
Masjid Batu di Kuala Kurau mempunyai seni ukiran mimbar yang unik dengan ketinggian lima meter dan lebar satu meter. --fotoBERNAMA
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pasca PRK SG Bakap: Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown, pada Jumaat.
Masjid Batu simpan khazanah warisan sejarah mimbar usia 105 tahun
Pembinaan mimbar dengan ketinggian lima meter dan lebar dua meter itu tidak menggunakan sebarang paku logam.