KOTA KINABALU:Masih terdapat ramai pihak yang ingkar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, terutama melibatkan kenderaan teksi sapu dan bas henti-henti, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
Jelasnya, kerajaan telah menetapkan garis panduan yang bersesuaian dengan situasi pandemik di negara ini, namun tiada istilah kebajikan boleh dijadikan alasan jika aspek keselamatan kesihatan diabaikan.
"Baru-baru ini telah tular satu video oleh melalui aplikasi WhatsApp serta media sosial lain, mengenai isu lapan orang penduduk kampung termasuk seorang pemandu kereta sapu telah dikompaun.
"Mereka dikompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu (pemandu kereta) membawa lebihan penumpang iaitu lebih 50 peratus dari kapasiti kenderaan awam yang dibenarkan.
"Pihak PDRM amat memahami keadaan semasa masyarakat, terutama semasa tempoh PKP pada ketika ini dan telah cukup bertoleransi dengan menutup sebelah mata, terutama pada kereta sapu dan masyarakat khususnya.
"Namun kini ibarat cacing naik ke mata apabila sewenang-wenangnya mereka melanggar SOP PKP dan menggunakan sentimen alasan 'kebajikan' bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan," katanya dalam sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu pada Selasa.
Jelasnya lagi, paparan video yang telah dimuat naik dan diviralkan adalah satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang selama ini telah begitu banyak menggunakan kuasa budi bicara selama tempoh PKP dikuat kuasa sejak tahun lalu.
"Justeru, PDRM kontinjen Sabah menasihatkan orang awam terutama rakyat negeri Sabah agar mematuhi SOP PKP yang dikuatkuasakan dalam usaha untuk melandaikan pandemik COVID-19 ini.
"Bermula hari ini, PDRM Sabah akan memastikan semua Ketua Polis Daerah dan barisan hadapan untuk mengambil tindakan tegas dan tanpa kompromi bagi mana-mana individu yang melanggar SOP PKP kini.
"Selain itu, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah telah diarahkan untuk membuat operasi kereta sapu di seluruh negeri Sabah," katanya.
Pemandu yang melakukan kesalahan yang dinyatakan boleh disiasat di bawah;
1) Seksyen 33 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Membenarkan kenderaan motor sebagai kenderaan perkhidmatan awam (salah guna permit)
Hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
2) Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.
Hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Feb 02 2021

HAZANI: Tiada istilah kebajikan boleh dijadikan alasan jika aspek keselamatan kesihatan diabaikan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak
Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

Polis Sabah tubuh pasukan khas siasat kes pelajar maut dipukul
Polis Sabah menubuhkan satu pasukan petugas bagi memastikan siasatan kes melibatkan pelajar kolej vokasional yang maut dipukul dilakukan secara pantas, profesional dan telus.

Kes bunuh pemandu e-hailing di Tawau bermotif cemburu - Polis
Kes bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Jan lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu.

Polis sangkal laporan plot terbaharu tawan Sabah dari selatan Filipina
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah menafikan dakwaan berhubung 19 "datuk bandar" dari selatan Filipina terlibat dalam plot baharu untuk menawan negeri itu adalah tidak benar.

Idris ganti Hazani kemudi Polis Kontinjen Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.

Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.

Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu berkuat kuasa 6 Sept
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.

Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
Polis menyiasat laporan polis seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa dicabul salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan.

Isu sumbangan 2 juta vaksin: Yong Chee Kong tampil beri keterangan kepada polis
Individu yang terpalit isu sumbangan vaksin, Yong Chee Kong, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini untuk mengambil proses keterangan.

Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf
Polis Sabah berjaya melumpuhkan satu kumpulan kecil militan Abu Sayyaf dengan menembak mati lima individu di kawasan rumah setinggan di Beaufort