PUTRAJAYA: Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) diterbitkan untuk kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan beragama Islam membaca kitab suci yang menepati ilmu tanda (dhabt) dan kaedah penulisan (rasm) Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata MQBM adalah berbeza daripada al-Quran Braille versi lama yang tidak menepati Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani dengan perbezaan itu terdapat pada penandaan waqaf (tanda berhenti) dan peralihan juzuk.
"KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah meluluskan perakuan betul pruf akhir teks MQBM berdasarkan Akta Percetakan Al-Quran 1986 pada 9 April 2021," katanya pada sidang media selepas melancarkan MQBM Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Idris berkata penerbitan MQBM itu merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis).
Idris berkata hak percetakan MQBM diberikan kepada Pertis bagi menerbitkan 1,000 naskah pertama mushaf tersebut untuk diedarkan secara percuma kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara.
Ketika ini, Unit Penerbitan Pertis di Brickfield di ibu negara mempunyai 15 mesin cetak tulisan Braille, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Idris menyempurnakan majlis pelancaran Mashaf Al-Quran Braille Malaysia Peringkat Kebangsaan 1443H/2022 di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Bernama
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji untuk penjawat awam negeri
Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun
Dua beradik, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, cedera parah akibat letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang.

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Mashaf al-Quran Braille bantu OKU penglihatan baca kitab suci
MQBM adalah berbeza daripada al-Quran Braille versi lama yang tidak menepati Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani.