Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah nekad untuk menyelesaikan masalah paip pembetungan di sekitar kawasan Likas, Kota Kinabalu dalam tempoh tiga bulan ini sebagai usaha memaksimumkan perkhidmatan kepada rakyat setempat.
Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata, kawasan stesen pam di sekitar Likas dilihat mempunyai beberapa masalah dari aspek pembetungan dan pihaknya kini mengambil inisiatif untuk memperbaiki permasalahan itu.
Beliau berkata, ini termasuklah usaha menyelenggara paip pembetungan dikenal pasti mempunyai keretakan di kawasan berkenaan.
"Masalah pembetungan juga di bawah Jabatan Kerja Raya dan telah melaksanakan pengukuran paip sepanjang tiga kilometer yang kita nampak pecah di dua kawasan itu.
“Ia akan di jangka siap dalam masa tiga bulan. Selepas sahaja kerja-kerja pembaikan ini siap, saya percaya masalah pembetungan di sekitar Kota Kinabalu ini akan dapat diatasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di kawasan stesen paip pembetungan, Likas, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Peter berkata, pihak kementerian kini menggunakan kaedah cecair dikenali sebagai bio organisma yang diimport khas dari Amerika Syarikat untuk menangani permasalahan limpahan air pembetungan di kawasan Kota Kinabalu.
"Kita menggunakan kaedah bio organisma yang kita tempah khas daripada Amerika Syarikat untuk membendung masalah ini supaya tidak mendatangkan kemudaratan ataupun masalah dari segi persekitaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau mendedahkan pihaknya bersedia menambah jumlah kakitangan di 11 stesen pam di sekitar Kota Kinabalu untuk meningkatkan perkhidmatan sedia ada.
Ruzaini Zulkepli
Tue Mar 05 2019

Peter ketika mengadakan lawatan di stesen pam pembentung di kawasan Likas, Kota Kinabalu, pada Selasa. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Masalah pembetungan di sekitar kawasan Likas diselesai dalam tempoh tiga bulan
Kawasan stesen pam di sekitar Likas dilihat mempunyai beberapa masalah dari aspek pembetungan dan inisiatif untuk memperbaiki sedang dibuat.