KUCHING: Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan Jalan Betong-Sri Aman masih dalam siasatan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya pada masa ini memberi peluang kepada pihak JKR Sarawak untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
"Selain kaedah meninggikan aras jalan raya, mungkin ada kaedah lain untuk menangani masalah itu.
"JKR Sarawak masih melihat keadaan di sana, saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai yang terlibat melihat langkah yang perlu diambil supaya kejadian tidak berlaku lagi," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menerima kunjungan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediamannya di sini hari ini.
Pada 26 Mei lepas, akhbar tempatan melaporkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo di KM23 Jalan Betong-Sri Aman terpaksa meredah banjir apabila air Sungai Krang naik mendadak kira-kira 8 pagi pada hari berkenaan.
Dalam pada itu, Nanta berkata bagi menyelesaikan masalah kesesakan di bulatan Batu Lapan yang menjadi kawasan laluan asal sebelum wujud Lebuhraya Pan Borneo atau dikenali sebagai 'redline' akan dinaik taraf dengan pembinaan persimpangan bertingkat.
"Perkara itu telah diusulkan kepada Premier semasa kunjungan hormat ke atas beliau dua minggu lepas, Premier telah bersetuju dan mengarahkan kita (kementerian) memberikan tumpuan kepada masalah tersebut.
"Apa-apa pun kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan kerja awalan mungkin pada penghujung tahun ini sebelum memulakan projek pembinaan pada tahun hadapan," katanya.
Beliau berkata pembinaan persimpangan bertingkat Batu Lapan yang dijangka memakan masa tiga tahun itu melibatkan kos berjumlah RM400 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Nanta berkata kementeriannya pada masa ini memberi peluang kepada pihak JKR Sarawak untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan jalan penyelesaian. - Gambar fail/Bernama

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah kedai perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya .

Seorang penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar
Seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

Masalah banjir di Jalan Betong-Sri Aman dalam siasatan - Nanta
Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan Jalan Betong-Sri Aman masih dalam siasatan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.

Kes 1MDB Jasmine Loo masih di peringkat siasatan polis - Ayob Khan
Kes bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan masih dalam siasatan polis, sebelum diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Polis Negara

Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbakar
Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari