Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa semua rakyat Malaysia supaya melaksanakan peranan mereka dalam menjadikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 satu acara yang berjaya.
Beliau berkata Malaysia menyasarkan untuk menerima ketibaan kira-kira 28 juta pelancong asing tahun depan, peningkatan tiga juta orang berbanding tahun lepas.
Di bawah Plan Transformasi Pelancongan, beliau berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik kedatangan 36 juta pelancong dan perolehan berjumlah RM168 bilion menjelang tahun 2020.
"Setiap rakyat Malaysia bermula daripada pertemuan paling awal seperti pegawai imigresen dan kastam, pemandu teksi, petugas barisan hadapan, kalangan perniagaan, pengusaha pelancongan dan rakyat perlu menggandakan usaha mereka untuk memastikan perkhidmatan disampaikan di tahap tertinggi pada setiap masa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada majlis pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2013 di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis itu.
Bernama
Sat May 25 2013

Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Cukai Pelancongan: Kerajaan Persekutuan bayar balik RM5 kepada kerajaan negeri
Kerajaan akan meningkatkan bayaran balik cukai pelancongan daripada RM1 kepada RM5 bagi setiap RM10 yang dikutip daripada pelancong asing kepada kerajaan negeri.

Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam - Nazri Aziz
Mohamed Nazri berkata tindakan pembatalan itu juga dibuat lantaran percanggahan dengan keputusan peringkat Kabinet.

Hotel larang pakai tudung: Kurang ajar - Nazri Aziz
Syarikat rangkaian hotel antarabangsa dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam sekaligus melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Lokasi peninggalan Tok Gajah, Mat Kilau boleh dijadikan hab budaya - Nazri
Tempat peninggalan sejarah pahlawan Melayu seperti Tok Gajah dan Mat Kilau mempunyai potensi menjadi Zon Warisan Kepahlawanan Melayu yang boleh dibangunkan sebagai hab kebudayaan.

'Pengecualian visa pelancong China dilanjut hingga Disember 2017' - Nazri
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia disebabkan peningkatan bilangan pelancong China yang positif tahun ini.

Nazri seru rakyat Amerika lawat Malaysia
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyeru rakyat Amerika agar melawat Malaysia.

Nazri gesa lebih ramai warga Kanada lawat Malaysia
Malaysia menerima kedatangan 86,931 pelancong dari Kanada tahun lepas, meningkat 1.1 peratus berbanding 2011.

Marilah jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 - Nazri
Nazri Aziz menggesa rakyat Malaysia supaya melaksanakan peranan mereka dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.