Keanggotaan pegawai eksekutif bukan Islam dalam syarikat Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd bukan punca sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan serta-merta.
Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pembatalan sistem itu dibuat tidak bersetuju dengan caj dan pelaksanaannya yang wajib.
BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS
"Tidak, tiada kaitan. Saya memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak setuju dengan (jumlah caj) RM90 dan ia diumumkan sebagai wajib. Itu sahaja," memetik kenyataan beliau kepada Malaysiakini.
Malah, Mohamed Nazri berkata tindakan pembatalan itu juga dibuat lantaran percanggahan dengan keputusan peringkat Kabinet.
BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan
"Apa yang diumumkan kepada orang ramai bukan seperti apa yang kami bincang dalam Kabinet dan jelaskan di perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di Parlimen.
"Caj yang dipersetujui adalah RM40, termasuk insurans, dan hanya pilihan (bukan wajib). Ia bukan program kementerian tetapi inisiatif sektor swasta, maka tak boleh diwajibkan," katanya lagi.
BACA: Isu IMAMS: 'Biarlah Tabung Haji yang uruskan' - PPIM
Sebelum ini viral di media sosial kononnya pegawai eksekutif bukan Islam dalam syarikat itu menjadi antara punca pembatalan sistem tersebut.
Di bawah sistem itu, individu yang ingin menunaikan ibadah umrah dikenakan caj berjumlah RM90.10 merangkumi RM45 bagi caj penggunaan IMAMS, RM40 untuk insurans takaful umrah dan RM5.10 untuk GST.
BACA: Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat - Najib
65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan sistem tersebut yang bertujuan menangani penipuan pakej umrah menerusi proses permohonan visa umrah.
Astro Awani
Sun Dec 17 2017

Mohamed Nazri berkata tindakan pembatalan itu juga dibuat lantaran percanggahan dengan keputusan peringkat Kabinet. - fotoBERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Cukai Pelancongan: Kerajaan Persekutuan bayar balik RM5 kepada kerajaan negeri
Kerajaan akan meningkatkan bayaran balik cukai pelancongan daripada RM1 kepada RM5 bagi setiap RM10 yang dikutip daripada pelancong asing kepada kerajaan negeri.

Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam - Nazri Aziz
Mohamed Nazri berkata tindakan pembatalan itu juga dibuat lantaran percanggahan dengan keputusan peringkat Kabinet.

Hotel larang pakai tudung: Kurang ajar - Nazri Aziz
Syarikat rangkaian hotel antarabangsa dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam sekaligus melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Mekanisme kutipan cukai pelancongan perlu teratur, betul dan telus
Menurut Mohamed Nazri pelaksanaan kutipan cukai itu akan dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

'Baiki hubungan antara parti, baru fikir siapa layak jadi PM' - Nazri
Pihak pembangkang diminta perbaiki hubungan dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan terlebih dahulu.

Nazri cabar Dr Mahathir, Muhyiddin bertanding di Padang Rengas
Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kedatangan pelancong Arab ke Malaysia bakal meningkat - Nazri
Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia akan bertambah hasil lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud minggu lalu.

Pembunuhan Jong Nam: Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak ke Korea Utara
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati rakyat Malaysia agar tidak ke Korea Utara buat masa ini berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pelancaran e-visa mampu tarik satu juta pelancong India
E-visa itu boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam dan membolehkan pelancong tinggal di Malaysia sehingga dua minggu.

Nazri gesa pelajar di luar negara main peranan sebagai 'Duta'
Beliau berkata, sebagai 'duta' Malaysia, pelajar perlu lebih aktif untuk mempromosikan produk pelancongan dan tarikan yang terdapat di negara ini.