Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menghentikan biasiswa kepada pelajar tajaannya di luar negara walaupun negara berdepan cabaran ekonomi ketika ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata walaupun peruntukan pendidikan MARA berkurangan sebanyak RM0.4 bilion iaitu RM1.7 bilion pada tahun ini berbanding RM2.1 bilion pada 2015, namun agensi berkenaan akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menampung keperluan itu.
"Kita akan memastikan pelajar yang kita taja ini akan menamatkan pengajian mereka dan mendapat kemudahan-kemudahan seperti biasa sehinggalah tamat pengajian mereka," katanya selepas merasmikan kursus kepimpinan pelajar anjuran Himpunan Mahasiswa Kelantan (Himsak) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Hadir sama Presiden Himsak Datuk Faizal Daud dan Naib Canselor UMK Datuk Dr Mortaza Mohamed.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata antara langkah yang diambil bagi mencukupkan peruntukan pendidikan termasuklah menghentikan sementara pinjaman perniagaan kepada usahawan.
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh Mara kononnya 'melupakan' tanggungjawab mereka untuk membantu golongan Bumiputera dalam bidang keusahawanan susulan tindakan itu.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru peminjam pendidikan Mara untuk membayar balik pinjaman mereka bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan pendidikan.
"Yang dah berjaya, tapi tak bayar lagi pinjaman ini, kena lakukan sesuatu sebab seolah-olah kita menidakkan hak anak-anak kita, adik-adik kita untuk dapatkan kemudahan pinjaman ini," katanya.
Bernama
Sat Feb 06 2016
Peminjam pendidikan Mara diingatkan untuk membayar balik pinjaman mereka bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan pendidikan. - Gambar fail
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Pelajar Malaysia cemerlang di Universiti Arizona State
Kecemerlangan pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid, di Arizona State Universiti, Amerika Syarikat benar-benar membanggakan negara.